Slider

Pusat Ujian Audiometrik (PUA)

Pendahuluan
Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 menyatakan tiap-tiap majikan yang telah menjalankan penaksiran risiko bising dan menunjukkan bahawa mana-mana pekerja terdedah kepada bising berlebihan melebihi had pendedahan bising yang dinyatakan dalam peraturan, majikan hendaklah menyebabkan ujian audiometrik dijalankan ke atas pekerja itu setiap tahun. Bagi maksud menjalankan ujian audiometrik, majikan hendaklah melantik pusat ujian audiometrik yang diluluskan oleh Ketua Pengarah.
 
Cara-Cara Membuat Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian
http://mykkp.dosh.gov.my/ > log Masuk ke MySKUD >  Pendaftaran Pusat Ujian Audiometrik

Proses Kelulusan 
Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja

Sebarang Pertanyaan
Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 
Aras 4, Blok D4, Kompleks D, 
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
62530 Putrajaya.
Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
Fax : 03 – 8890 1315

Cetak Emel