Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021

Anugerah

logo ncosh

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA 2020/2021

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) telah membuat pengumuman berkenaan penangguhan audit peringkat kedua dan Majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara pada 2 Ogos 2021 atas arahan dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan penularan wabak COVID-19 di negara ini. Penangguhan ini dibuat oleh MNKKP demi menjaga keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan Keluarga Malaysia, meskipun ia merupakan satu keputusan yang sukar.

Pada 11 Oktober 2021, Kerajaan telah membuka semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat atau #ReopeningSafely setelah kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa di bawah Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) telah mencapai 90 peratus.

Sehubungan dengan itu MNKKP telah mengambil keputusan untuk meneruskan semula proses audit peringkat kedua Anugerah ini. Memandangkan Anugerah KKP Negara 2020 telah lama tangguh dan kini kita berada pada hujung tahun 2021, dengan itu MNKKP telah mengambil keputusan untuk membuat perubahan tempoh pengauditan peringkat kedua dengan merangkumi tahun audit 2020 dan 2021 pada sesi kali ini.

Permohonan untuk menyertai Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2020/2021 dibuka pada 1 Disember 2021 sehingga 31 Disember 2021 melalui portal rasmi Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (https://www.dosh.gov.my/). Bagi organisasi yang telah menyertai Anugerah ini pada awal tahun 2020, tidak perlu lagi memohon semula kerana telah layak secara automatik menyertai Anugerah ini.

Untuk makluman MNKKP akan memperkenalkan Kategori baru iaitu Anugerah Inovasi dan Teknologi (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) pada sesi Anugerah kali ini. Maklumat lanjut boleh diperoleh di pautan seperti berikut:

  • Panduan Penyertaan AKKPN 2020/2021:

       https://drive.google.com/file/d/1jxJ139jrCmIpG3dfAiw_L2I2uolI01mQ/view?usp=sharing

  • Kriteria Penilaian (Lampiran A) :

        https://drive.google.com/file/d/1mjoR4OC2TrkklILY8BhdiviX9so7Iour/view?usp=sharing

  • Borang Penyertaan AKKPN 2020/2021 boleh didapati melalui pautan berikut :

       https://forms.gle/GggkhMqxuGL6hvrSA

Semua pencalonan mestilah menggunakan borang google (google form). Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan dan dihantar secara talian sebelum atau pada 30 Disember 2021.

 

 

Cetak