Breadcumb Caption
  • CONTACT US
  • FAQ
Breadcumb Caption
  • CONTACT US
  • FAQ

Ergonomics Trained Person (ETP)

Kursus hanya boleh diikuti menerusi Pusat Pengajar yang telah diberi kebenaran oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk menjalankan Kursus Pengurusan Ergonomik ( Ergonomics Management Course)

Pemohon perlu lulus ujian penilaian kursus yang diberikan oleh Pusat Pengajar dan pendaftaran sebagai ETP adalah melalui Pusat Pengajar dimana borang permohonan pendaftaran dikemukakan oleh Pusat Pengajar kepada JKKP.

Seseorang peserta kursus perlu mengikuti setiap syarat yang telah ditetapkan oleh Pusat Pengajar bagi syarat membolehkan beliau lulus sebagai ETP yang mana tempoh sebulan diberikan untuk penyerahan laporan assessment kepada Pusat Pengajar. Pihak Jabatan tidak bertanggung jawab sekiranya kelewatan penyerahan laporan assessment dan boleh menjejaskan untuk disenaraikan sebagai ETP.

Pihak jabatan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang yuran yang ditetapkan oleh Pusat Pengajar. Peserta perlu menghubungi Pusat Pengajar yang telah diberi kebenaran oleh Jabatan untuk mengetahui maklumat mengenai yuran Kursus.

Syarat-syarat bagi membolehkan seseorang disenaraikan sebagai ETP adalah;
i. Warganegara Malaysia;
ii. Telah menghadiri Kursus Pengurusan Ergonomik iaitu Initial Ergonomics Risk Assessment dan/atau Advanced Ergonomics Risk Assessment oleh Pusat Pengajar yang telah diberi kebenaran oleh Jabatan; dan
iii. Lulus penilaian Kursus yang disediakan oleh Pusat Pengajar yang telah diberi kebenaran oleh Jabatan merangkumi tidak terhad kepada penilaian ujian bertulis dan penilaian report assignment.

Tugas dan tanggungjawab Ergonomics Trained Person adalah;
i. Menjalankan penaksiran risiko ergonomik di tempat kerja menurut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan;
ii. Mencadangkan langkah-langkah kawalan yang perlu dilaksanakan oleh pihak majikan bagi mengurang dan mengawal pendedahan pekerja kepada risiko ergonomik;
iii. Menyediakan laporan lengkap penaksiran risiko ergonomik; dan
iv. Membentangkan hasil penaksiran dan mengemukakan laporan lengkap penaksiran kepada majikan.

Setakat ini tiada syarat kelayakan akademik yang khusus ditetapkan sebagai ETP . Walaubagaimanapun ETP adalah merujuk kepada mana-mana Pegawai Bertanggungjawab yang dilantik oleh majikan.

Setakat ini tiada tempoh masa yang spesifik bagi seseorang ETP untuk menyediakan laporan penaksiran risiko ergonomik. Walaubagaimanapun ETP digalakkan untuk menyediakan laporan penaksiran dalam tempoh 30 hari selepas penaksiran dijalankan dengan mengambil pendekatan tempoh mengemukakan laporan bagi Kompetensi OYK yang lain.