Breadcumb Caption
  • CONTACT US
  • FAQ
Breadcumb Caption
  • CONTACT US
  • FAQ

CHRA

Kamu adalah dikira sebagai seorang sub-kontraktor. Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, sub-kontraktor adalah sebagai majikan. Sebagai majikan langsung, kamu perlu mengikut kehendak Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, termasuk melaksanakan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan.

Ya, asid sulfurik adalah bahan kimia mengakis dibawah Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997. Adalah menjadi tanggungjawab majikan atau pemunya untuk melakukan penaksiran risiko kepada kesihatan (CHRA), walaupun kandungan penggunaan bahan kimia adalah sedikit.

Pihak majikan perlu menulis surat kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, untuk memohon pelanjutan tempoh masa melakukan penaksiran risiko kimia kepada kesihatan. Adalah dinasihatkan supaya kes menjalankan aktiviti keselamatan dan kesihatan (KKP) (termasuk penaksiran risiko) dimasukkan dalam bajet menjalankan perniagaan.

Penaksiran risiko kimia kepada kesihatan perlu dilakukan semula jika:-
i.
Terdapat perubahan yang ketara dalam kerja yang berhubung dengannya penaksiran itu dibuat, atau
ii. 5 tahun telah berlalu sejak penaksiran terakhir, atau
iii.
Telah diarahkan oleh Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, atau Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan.

Sehingga kini hanya pembaharuan SHO, SSS dan AGT yang boleh dilakukan  secara atas talian. Bagi pengapit CHRA, pembaharuan secara atas talian dijangkakan akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Untuk C3, majikan perlu melakukan penambahbaikan, sekiranya penambahbaikan telah dilaksanakan, penaksiran semula perlu dilakukan. Untuk C4, pengapit perlu memberikan cadangan tindakan sementara yang sesuai kepada majikan dan dalam masa yang sama, majikan perlu mendapatkan maklumat berkenaan bahan kimia dalam masa terdekat. Setelah maklumat yang berkaitan diperolehi, penaksiran semula perlu dilakukan dalam masa terdekat.

Pengapit boleh memilih untuk melaksanakan CHRA atau pun SiRAC. Pun begitu, SiRAC tidak boleh dilaksanakan bagi bahan kimia dalam kategori Karsinogen, Mutagen dan Pemekaan Pernafasan (CMR). SiRAC hanya boleh digunakan kepada bahan kimia dalam bentuk pepejal dan cecair sahaja. SiRAC hanya boleh digunakan apabila Peraturan USECHH yang baharu dipinda kelak.
Bahan kimia yang perlu disenaraikan dalam chemical register adalah bahan kimia berbahaya kepada kesihatan mengikut definisi di dalam Peraturan USECHH