Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2019
  • Gagal sedia aspek keselamatan, syarikat didenda RM30,000 - Sinar Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2019
  • Gagal sedia aspek keselamatan, syarikat didenda RM30,000 - Sinar Harian Online

Gagal sedia aspek keselamatan, syarikat didenda RM30,000 - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 18 Mac 2019

 

 

 

IPOH - Mahkamah Sesyen Ipoh semalam menjatuhkan hukuman denda RM30,000 terhadap sebuah syarikat pembekal dan pemasang kren kerana gagal memastikan penyediaan aspek keselamatan tempat kerja mengikut piawaian kepada semua pekerjanya.

HCE (M) Sdn Bhd sebagai majikan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Norashima Khalid.

Syarikat itu didapati telah gagal memasang tangga dengan sempurna pada 'jacking cage' platform kren menara sehingga menyebabkan seorang pekerjanya maut pada 15 November 2018.

Pekerja syarikat itu maut akibat terjatuh pada ketinggian lebih kurang 28 meter di sebuah tapak projek pembinaan apartmen mampu milik di Bandar Meru Raya, di sini.

HCE (M) Sdn Bhd disabitkan atas pertuduhan di bawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak kerana gagal memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.

Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM30,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar kepada syarikat itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa JKKP Perak, Ir Hamirul Adli Hashim manakala penyiasatan kes dijalankan pegawai penyiasat JKKP Perak diketuai Mudzaffar Anwar Hussin.

Print Email