Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Pekerja kilang melecur seluruh badan - Harian Metro Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Pekerja kilang melecur seluruh badan - Harian Metro Online

Pekerja kilang melecur seluruh badan - Harian Metro Online

Harian Metro Online, 18 Oktober 2015

news hm 19102015
OPERASI memadam kebakaran mengambil masa lebih sejam.

Seremban: Seorang lelaki warga Nepal yang sedang berehat dalam asrama pekerja sebuah kilang di Senawang, dekat sini, melecur seluruh badan apabila kabin asrama itu terbakar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Solendra, 26, menyedari kabin itu terbakar dan cuba menyelamatkan diri, namun dipercayai terperangkap apabila api merebak cepat.

Difahamkan, beberapa pekerja kilang yang menyedari kejadian itu segera menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Senawang, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faiz Suleiman berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.14 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

“Sebanyak lima jentera dengan kekuatan 20 pegawai dan anggota, termasuk bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban serta Rembau terbabit dalam operasi memadam kebakaran.

“Kita berjaya membawa keluar seorang mangsa yang terperangkap dalam kabin itu. Mangsa cedera parah dan melecur 100 peratus dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran mengambil masa lebih sejam dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Difahamkan, sehingga petang semalam, mangsa masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HTJ dan dilaporkan kritikal.

 

Print Email