Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Pemandu kren maut dihempap set penjana elektrik - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Pemandu kren maut dihempap set penjana elektrik - Utusan Online

Pemandu kren maut dihempap set penjana elektrik - Utusan Online

Utusan Online, 13 Oktober 2017

 

  

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu kren maut selepas dihempap sebuah set penjana elektrik dalam kejadian di Taman Desa, dekat sini hari ini.Mangsa, Jamil Mahamad, 35, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan.Menurut sumber, mangsa sedang dalam proses mengalihkan penjana elektrik tersebut dengan menggunakan kren yang dikendalikannya.

“Akibat hujan lebat, dia turun daripada kren dan membiarkan set penjana elektrik berkenaan dalam keadaan tergantung sebelum berdiri berhampirannya.“Malangnya, kabel yang mengangkat peralatan itu tiba-tiba putus dan terus menghempap mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini.Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.24 petang sebelum menghantar sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh.

“Mereka tiba di lokasi kejadian kira-kira tujuh minit kemudian dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan sudah meninggal dunia.“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke hospital berdekatan untuk dibedah siasat,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Print Email