Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Pasukan Khas Tangani Keselamatan Lif Dan Eskalator Ditubuhkan - Bernama
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Pasukan Khas Tangani Keselamatan Lif Dan Eskalator Ditubuhkan - Bernama

Pasukan Khas Tangani Keselamatan Lif Dan Eskalator Ditubuhkan - Bernama

Bernama, 28 Julai 2017

 

 

KUALA LUMPUR - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kini dalam proses menubuhkan pasukan khas bagi menangani insiden dan isu keselamatan melibatkan eskalator dan lif, kata Ketua Pengarahnya Datuk Mohtar Musri.

Beliau berkata penubuhan pasukan khas itu yang dijangka September ini akan bermula di Kuala Lumpur dan Selangor terlebih dahulu dengan melibatkan agensi-agensi berkaitan antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

"Buat masa ini kami sedang menghubungi agensi-agensi terlibat bagi berbincang dan mendapat persetujuan mereka untuk bekerjasama dalam pasukan petugas ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kempen keselamatan penggunaan lif dan eskalator di sini hari ini.

Beliau berkata menerusi pasukan itu, semua pihak yang terlibat boleh berbincang berhubung langkah-langkah pencegahan dan penyelesaian melibatkan insiden lif dan eskalator bagi mengelak kes berulang.

Menurutnya pasukan khas ini akan memberi tumpuan di kawasan yang banyak menggunakan kemudahan lif dan eskalator, seperti pasar raya, kediaman bertingkat dan bangunan pejabat.

Print Email