Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Jari budak tersepit eskalator - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Jari budak tersepit eskalator - Berita Harian Online

Jari budak tersepit eskalator - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 27 Jun 2017

 

 

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun menahan sakit hampir setengah jam apabila jarinya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang tadi, Noor Muhammad Asrian Afeendy Assiwen, diselamatkan pasukan bomba selepas mengeluarkan dua jari yang tercucuk pada plat eskalator itu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Khairul Azhar Abd Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 2.28 petang.

Susulan itu, katanya, dua jentera termasuk sebuah Unit Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Oleh kerana dua jari kanak-kanak itu tercucuk pada plat eskalator, anggota bomba terpaksa memotong sebahagian daripada plat berkenan.

"Dalam keadaan jari tersepit bersama sebahagian plat dipotong, kanak-kanak lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini menaiki EMRS," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini

Print Email