Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • JKKP perkenalkan Kod Tata Amalan stesen minyak - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • JKKP perkenalkan Kod Tata Amalan stesen minyak - Berita Harian Online

JKKP perkenalkan Kod Tata Amalan stesen minyak - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 25 April 2017

 

 

news bho 260417

JKKP sedang membangunkan Kod Tata Amalan sebagai satu standard yang perlu dipatuhi setiap industri stesen minyak di negara ini. - Foto hiasan

 

PUTRAJAYA: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang membangunkan Kod Tata Amalan sebagai satu standard yang perlu dipatuhi setiap industri stesen minyak di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Pekerjaan JKKP, Omar Mat Piah, berkata pihaknya sekarang sedang giat menjalankan audit keselamatan dan kesihatan pekerjaan di stesen minyak seluruh negara.

"Sehingga kini, kira-kira 1,800 stesen minyak sudah menjalani Latihan Keselamatan dan Kesihatan (Amalan OSH), malah setiap hasil audit ini akan dikumpulkan dan dianalisis supaya selari dan bersesuaian dengan Kod Tata Amalan.

"Ketika ini JKKP masih dalam peringkat mengumpul data, namun kita menjangkakan kod terbabit akan siap menjelang akhir tahun ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Pengesahan Pelaksanaan Amalan OSH kepada Pengusaha Stesen Minyak Petron dan Pelancaran Rasmi Program Pematuhan Akta Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) 1984 (PSMA) Stesen Minyak Petron-JKKP 2017.

Hadir sama Ketua Jabatan Dagangan Runcit Petron Faridah Ali; Pengurus Operasi Petron Malaysia, Jimmy Lu; Pengarah Bahagian Keselamatan Petroleum Petron, Saiful Azhar Mohd Said serta Pengurus Korporat Keselamatan, Sekuriti, Kesihatan dan Alam Sekitar Petron, Lokman Hani.

Omar berkata, kod berkenaan akan dijadikan sebagai panduan bagi menjelaskan setiap akta pematuhan di bawah PSMA 1984.

Print Email