Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Aspek keselamatan di tempat kerja perlu diutamakan - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Aspek keselamatan di tempat kerja perlu diutamakan - Utusan Online

Aspek keselamatan di tempat kerja perlu diutamakan - Utusan Online

Utusan Online, 20 April 2017

 

news uo 200417

MENTERI Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja Kebangsaan 2017 di sebuah hotel hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR

 

MELAKA 20 April - Majikan bertanggungjawab untuk menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat kepada kesemua pekerja mereka bagi mengelakkan sebarang kejadian kemalangan.

Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem menyarankan semua majikan untuk menyediakan peruntukan khas dari segi sumber manusia dan kewangan untuk membangunkan serta menguruskan sistem pengurusan keselamatan pekerja di tempat masing-masing.

“Pihak majikan perlu melihat daripada sudut yang positif di mana pembangunan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja adalah satu pelaburan penting bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan daripada berlaku,” katanya.

Belia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja Kebangsaan 2017 di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk M.S. Mahadevan. - UTUSAN ONLINE

Print Email