Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Lelaki maut tersepit mesin penghancur besi - Berita Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2017
  • Lelaki maut tersepit mesin penghancur besi - Berita Harian Online

Lelaki maut tersepit mesin penghancur besi - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 02 Februari 2017

 

 news bho 022017

MESIN penghancur besi di sebuah kilang di Perai, Bukit Mertajam. - Foto ihsan pembaca

 

BUKIT MERTAJAM: Seorang lelaki maut selepas tersepit pada mesin penghancur besi di sebuah kilang di Perai di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 1.25 petang itu, Loo Ching Hong, 56, yang bekerja di bahagian mesin penghancur besi berkenaan dipercayai sedang memasang dan membaiki cangkuk pada kren yang tertanggal. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, berkata mangsa dikatakan ke bahagian atas mesin berkenaan untuk membaiki cangkuk terbabit, sebelum kaki kanannya tersangkut pada mesin penghancur besi yang sedang beroperasi. "Mangsa menjerit meminta tolong dan rakan sekerja mangsa terus memberhentikan mesin terbabit dan membantu mengeluarkannya. "Bagaimanapun, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan ketika dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan parah selepas tersepit daripada bahagian kaki hingga ke paras pinggang. Mengulas lanjut, Nik Ros Azhan berkata, siasatan lanjut mendapati ia adalah kes kemalangan dan tiada unsur jenayah dikesan. "Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Print Email