Eskalator Capital Mall meletup. - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 25 Oktober 2016

news bho 251016

AMPANG: Satu eskalator dalam pusat beli-belah Capital Mall, di sini meletup dalam satu kejadian tengah hari tadi.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari, membabitkan tangga bergerak untuk naik dari aras bawah, namun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Difahamkan, kejadian tidak dilaporkan kepada pihak polis dan hanya membabitkan siasatan dalaman pusat beli-belah itu.

Badan Pengurusan Pandan Capital Mall ketika dihubungi, berkata ketika kejadian terdapat pelanggan di dalam pusat beli-belah berkenaan, tetapi tiada yang menaiki tangga bergerak itu.

"Susulan kejadian, kita menutup sementara operasi eskalator itu.

"Setakat ini, punca kejadian masih belum diketahui dan pihak penyelenggaraan sedang menjalankan siasatan." katanya.

 

Print