Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2016
  • Ajal dihempap set generator - Harian Metro Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2016
  • Ajal dihempap set generator - Harian Metro Online

Ajal dihempap set generator - Harian Metro Online

Harian Metro Online, 31 Mac 2016

news hmo 310316
SET generator yang menghempap mangsa.FOTO ihsan PDRM

Kapar: Lelaki berusia 63 tahun maut selepas ditimpa mesin set generator di tapak projek lebuh raya 'inter change' Kilometer 2 Persiaran Hamzah Alang, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa maut di lokasi kejadian berikutan mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, mangsa bersama seorang pekerja asing warga Bangladesh berada di tempat kejadian untuk memeriksa mesin generator itu sebelum kedua-duanya ditimpa mesin terbabit.

"Pekerja asing cedera di kaki dan dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca skrew pengikat yang berfungsi menyokong tapak mesin generator patah dan tercabut hingga terjatuh menimpa dua pekerja berkenaan," katanya.

Mohd Yusoff berkata, mayat mangsa juga dibawa ke HTAR untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

 

Print Email