Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Kenal pasti risiko kemalangan - Sinar Harian Online
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Kenal pasti risiko kemalangan - Sinar Harian Online

Kenal pasti risiko kemalangan - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 25 Ogos 2015

news sho 250815

Abdul Latiff bersama kakitangan sekolah mengecat garisan parkir di sekolah berkenaan, semalam.

IPOH - Aspek penjagaan diri terus diterapkan kepada warga sekolah melalui Program Keselamatan dan Kesihatan (OSH) In School yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Haji Mahmud, di sini.

Mengulas lanjut, Guru Besar sekolah, Abdul Latiff Hasyim berkata, program berkenaan dilihat banyak membantu pihak sekolah mengenal pasti pelbagai risiko kemalangan yang bukan hanya berlaku di luar kawasan sekolah, tetapi boleh berlaku di dalam kawasan sekolah itu sendiri.

“Melalui program ini barulah kita tahu rupanya dalam kawasan sekolah sebenarnya memang ada risiko berlaku kemalangan. Sebagai contoh, kita dah sediakan beberapa tanda amaran seperti di longkang, petak parkir dan di bilik-bilik darjah.

“Mungkin murid-murid anggap longkang ini tak bahaya, tetapi bila kita letak tanda amaran ini, mereka akan jadi lebih berhati-hati agar tidak terjatuh dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Latiff berkata demikian sempena program Gotong-Royong ‘OSH In School’ di SK Haji Mahmud, Chemor, semalam.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri, Mohd Razak Ismail.

Menurutnya, program sedemikian sangat wajar diperluaskan lagi ke sekolah-sekolah lain dalam usaha memberi kesedaran mengenai kepentingan keselamatan serta kesihatan.

Dalam pada itu, Abdul Latiff berkata, pihaknya berbangga dengan pemilihan sekolah berkenaan sebagai perintis bagi program OSH dan berharap segala panduan serta nasihat daripada pihak JKKP berhubung soal keselamatan dan kesihatan akan terus diaplikasikan.

“Alhamdulillah, sambutan terhadap program ini sangat baik. Guru-guru serta murid teruja nak buat. Dengan pemilihan sekolah ini sebagai perintis program OSH, kita harap mampu memperkenalkan sekolah ini dan menjadi sekolah contoh di peringkat negeri kelak.

“Insya-ALLAH, usaha ini akan berterusan agar tahap kesihatan dan keselamatan warga sekolah sentiasa terjaga. Lagipun, perkara ini akan sentiasa diaudit oleh pihak JKKP,” katanya.

 

 

 

Print Email