Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Cedera terkena percikan kimia - MyMetro
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Cedera terkena percikan kimia - MyMetro

Cedera terkena percikan kimia - MyMetro

MyMetro, 25 Mac 2015

Sri Aman: Dua anggota bomba cedera terkena percikan bahan kimia ketika memadamkan kebakaran membabitkan lori membawa bahan berbahaya itu di Jalan Sri Aman-Serian di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 pagi itu, lori 11 tan yang membawa 26 tong Calcium Hypercloride terbakar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, ketika operasi memadamkan kebakaran satu letupan berlaku dan percikan bahan kimia itu menyebabkan dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sri Aman cedera.

Katanya, anggota yang cedera dikenali sebagai Matthew dan Elijah.

"Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sri Aman untuk menerima rawatan dan dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 2.48 pagi dan satu jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Lori yang membawa muatan bahan kimia itu terbakar 100 peratus dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 3.45 pagi.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.


news 25032015 hm

 

 

 

Print Email