Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Operasi kilang burger terhenti selepas kebocoran amonia - MyMetro
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2015
  • Operasi kilang burger terhenti selepas kebocoran amonia - MyMetro

Operasi kilang burger terhenti selepas kebocoran amonia - MyMetro

MyMetro, 22 Mac 2015

KUALA LUMPUR: Kilang Burger Ramly di Taman Batu Muda di sini terpaksa menghentikan operasi lebih kurang sejam pagi ini selepas berlaku kebocoran gas amonia.

Kejadian disedari pekerja penyelenggaraan saluran gas berkenaan di tingkat dua kilang itu.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Gombak Selatan, A Vasudevan berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pekerja itu sendiri pada 10.35 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian sejurus selepas itu dan seterusnya melaksanakan kerja dekontaminasi selama kira-kira sejam.

"Kami juga mendapati badan pekerja itu mempunyai kesan kemerah-merahan dipercayai akibat tindak balas peluh dan gas amonia berkenaan," katanya sambil memberitahu lelaki itu dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Vasudevan berkata, terdapat 15 pekerja di tingkat bawah dan tiada pekerja di tingkat atas, tempat kebocoran gas berlaku.Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seramai 15 anggota termasuk Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat)dari Balai Bomba Gombak Selatan dan Hang Tuah dihantar ke tempat kejadian. - Bernama

 

Print Email