Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • 210,413 pemeriksaan tempat kerja, jentera dilaksanakan pada 2013
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • 210,413 pemeriksaan tempat kerja, jentera dilaksanakan pada 2013

210,413 pemeriksaan tempat kerja, jentera dilaksanakan pada 2013

The Borneo Post Online, 29 April 2014

KUCHING: Sebanyak 210,413 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) pada 2013.

Berdasarkan jumlah ter-sebut, sebanyak 18,186 notis telah dikeluarkan, 415 ke-salahan dikeluarkan kompaun dan sebanyak 350 kes didakwa atas kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib.

Menurutnya, aspek kese-lamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) tidak boleh dipertikaikan lagi keperluannya dalam pelaksanaan setiap aktiviti pekerjaan oleh para majikan daripada pelbagai sektor di negeri ini.

“Persekitaran tempat kerja yang kondusif perlu disediakan agar pekerja dapat menjalankan tugas dengan selesa, selamat dan sihat selain menjamin orang awam yang berada berhampiran dengan tempat kerja berkenaan dapat hidup dengan selamat, aman dan sejahtera,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan berkata demikian pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2014 di Bangunan Lama Dewan Undangan Negeri di sini, semalam.

Ismail menambah, komitmen sepenuhnya serta usaha sama antara kerajaan, majikan dan pekerja membolehkan objektif Pelan Induk Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2010 hingga 2015 (OSH MP-15) dicapai iaitu bagi menurunkan kadar kemalangan di tempat kerja sekali gus mengurangkan kesan buruk kepada produktiviti, kecekapan dan aktiviti perniagaan.

“Kadar kemalangan negara bagi tahun 2013 adalah 3.28 per 1,000 pekerja manakala pada tahun 2012 adalah seba-nyak 3.31 per 1,000 pekerja.

“Ini menunjukkan penurunan sebanyak 0.9 peratus. Syabas dan tahniah atas komitmen serta kerjasama yang diberikan majikan dan pekerja,” jelasnya.

Pada sidang media selepas majlis, Ismail memberitahu bahawa bilangan pekerja sektor swasta di negara ini ialah kira-kira enam juta dan awam seramai 1.4 juta orang.

Mengulas lanjut, beliau berkata kementerian melalui OSH MP-15 menyasarkan penurunan kemalangan di tempat kerja sebanyak 18,000 kemalangan bagi tempoh lima tahun itu.

“Maknanya, setiap tahun kita sasarkan 1,800 kemalangan untuk dikurangkan di seluruh negara.

“Setakat ini, untuk kemalangan di tempat kerja kita telah mencapai sasaran dan berharap ia akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang,” jelasnya.

Justeru, beliau melahirkan harapan agar amalan membudayakan kerja selamat dan sihat di tempat kerja dapat diamalkan di rumah, sekolah, tempat kerja serta bersama-sama kerajaan dalam mematuhi akta peraturan kod amalan industri dan panduan.

“Selain itu ia dapat membuktikan kepada negara luar bahawa di Malaysia adalah selamat dan sihat sekali gus mampu meyakinkan pelabur luar untuk melabur di negara ini,” ujarnya.

Selain itu beliau turut menggesa agar majikan tidak bersikap sambil lewa dan perlu mengambil berat keperluan memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan para pekerja di tempat kerja.

Menyentuh mengenai ke-selamatan tempat kerja bagi industri di negeri ini, jelasnya bagi industri berskala besar seperti minyak dan gas serta di Samalaju komitmen yang diterima adalah tinggi.

“Kita telah mendapat kerja-sama mereka sejak mula pembinaan hinggalah beroperasi. Cuma bagi sektor kecil kami akan berusaha membantu dan memimpin mereka,” tambahnya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah JKKP Dato Dr Johari Basri.

Print Email