Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • 5 kes kematian pekerja akibat kecuaian majikan
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2014
  • 5 kes kematian pekerja akibat kecuaian majikan

5 kes kematian pekerja akibat kecuaian majikan

Keratan Akhbar Berita Harian, 27 Januari 2014

Kota Bharu: Lima kes kematian pekerja akibat kecuaian majikan direkodkan Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan, tahun lalu.

FAKTA NOMBOR

35
syarikat

dikenakan kompaun RM58,000 kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kilang Dan Jentera Dan Peraturan

JKKP turut mengenakan kompaun RM58,000 ke atas 35 syarikat kerana melakukan kesalahan mengikut Akta Kilang Dan Jentera Dan Peraturan.

Pengarah JKKP Kelantan, Mohammad Nizam Ali, berkata pihaknya juga membawa 19 kes ke mahkamah berkaitan syarikat yang melakukan pelbagai kesalahan dengan saman bernilai kira-kira RM63,000.

"Antara kesalahan syarikat terbabit ialah gagal menyediakan kawalan keselamatan di tempat kerja dan tidak menyerahkan notis kepada pihak berkuasa sebelum memulakan operasi binaan", katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Mohammad Nizam berkata, majikan perlu memiliki kesedaran berhubung aspek keselamatan di tempat kerja termasuk memberi latihan keselamatan dan pengawasan berterusan oleh jawatankuasa yang perlu diwujudkan oleh syarikat.

Print Email