Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • 49,883 kes kemalangan tempat kerja
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • 49,883 kes kemalangan tempat kerja

49,883 kes kemalangan tempat kerja

Utusan Online, 25 Julai 2013

KUALA LUMPUR 24 Julai - Sebanyak 49,883 kemalangan di tempat kerja dilaporkan sepanjang tempoh dari 2012 hingga Mac tahun ini dengan mencatatkan 664 kemalangan maut.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, kemalangan berkenaan berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuk sistem urusan keselamatan yang tidak berkesan, tiada penilaian risiko secara menyeluruh, latihan tidak cukup kepada pekerja dan sikap yang tidak acuh soal keselamatan.

"Bagi membendung kemalangan di tempat kerja, kerajaan sedang menyemak semula kadar penalti ke atas majikan dan kontraktor yang didapati bersalah serta menguatkuasakan audit dan akta-akta keselamatan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Ismail, sektor-sektor yang terlibat dalam kemalangan tempat kerja adalah pembuatan dan pembinaan, pengilangan, perlombongan, pertanian, perhutanan, perikanan, pengangkutan dan perkhidmatan kepada orang awam.

"Bagi kemalangan di tapak binaan, jumlah kes yang dilaporkan dalam tempoh dari 2009 hingga 2013 adalah 15,419 kes yang mana 14,946 cedera manakala 473 kemalangan maut.

"Untuk meningkatkan aspek keselamatan di tempat kerja, Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk mengkaji aspek keselamatan dengan lebih teliti," katanya.

Print Email