Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Syarikat digesa lakukan penilaian kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Syarikat digesa lakukan penilaian kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan

Syarikat digesa lakukan penilaian kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan

Berita Harian Online, 24 Disember 2013

KUALA LUMPUR: Syarikat digesa menjalankan Sistem Penilaian Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di tapak-tapak pembinaan, selain mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) yang optimum.

"Berikutan semakin banyak kes kemalangan di kawasan pembinaan, penekanan perlu diberikan untuk memastikan isu-isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam proses pembinaan ditekankan bagi meningkatkan keyakinan terhadap aspek keselamatan di tapak pembinaan," kata Datuk Roszali Othman, Pengarah Urusan Kumpulan TH Properties dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Memandangkan isu-isu Kualiti, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar (QSHE ) di Malaysia menjadi semakin penting, orang ramai bukan sahaja mahukan kualiti tinggi, malah penyampaian produk yang mampan dan beretika.

Oleh itu, organisasi memerlukan tahap kefahaman yang lebih tinggi terhadap kualiti produk, standard dan keperluan, QSHE, peraturan dan amalan, katanya.

Beliau berkata, organisasi dan syarikat mesti menangani isu-isu ini dengan berkesan selaras era baru media sosial dan maklumat sepanjang masa dan sebarang kesilapan atau kejadian boleh menyebabkan kerosakan yang sukar diperbaiki.

- BERNAMA

Print Email