Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Penduduk kampung teruja lihat aktiviti pengoperasian SIGT
Breadcumb Caption
  • Archive News
  • 2013
  • Penduduk kampung teruja lihat aktiviti pengoperasian SIGT

Penduduk kampung teruja lihat aktiviti pengoperasian SIGT

Utusan Online, 8 Disember 2013

KIMANIS: Penduduk Kampung Brunei, Kampung Lanas, Kampung Andus, Kampung Baru 30, Kampung Manggis, Kampung Brunei Ulu dan Kampung Baru berdekatan Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) di sini teruja untuk melihat aktiviti pengoperasian terminal itu.

Pengarah Projek SOGT, Noor Illias Mohd Idris, berkata penduduk dimaklumkan tentang apa yang boleh mereka jangkakan dari projek ini.

"Mereka amat teruja bahawa SOGT boleh dikatakan di belakang rumah mereka dan limpahan ekonomi yang akan mereka alami. Mereka tidak pernah menjangka akan melihat teknologi dan pembangunan sebegini di kampung mereka," kata beliau pada satu sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Pengerusi Petronas Sabah dan Labuan, Mohamed Firouz Asnan, dan pengurus besar pejabat wilayah Petronas Sabah dan Labuan, Julita Ontol.

Dalam satu pembentangan sebelum itu, ketua SOGT Facilities, Mohd Sulong Abdul Ghani berkata antara acara yang paling ketara dalam pengoperasian itu adalah bunyi yang kuat dan nyalaan besar daripada dua daripada menara suar SOGT berikutan pelepasan gas ketika ujian peralatan.

"Nyalaan dan bunyi yang kuat adalah proses biasa ketika pengoperasian. Pengoperasian akan dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan," katanya.

Mohd Sulong berkata SOGT mengambil langkah-langkah awal keselamatan ketika aktiviti pengoperasian dengan mewujudkan sistem kawalan api dan gas serta menyediakan empat kenderaan bomba dan pasukan pemadam api terlatih di terminal itu.
Beliau juga berkata SOGT menubuhkan sistem tindak balas kecemasan bersepadu Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, hospital dan pihak berkuasa tempatan.

- BERNAMA

Print Email