Media & Resources

Cetak

Kurang langkah keselamatan punca kematian di jeti terminal petroleum

Berita Harian Online, 4 Ogos 2012

 

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengenal pasti kekurangan langkah keselamatan sebagai punca dua insiden kematian di jeti terminal petroleum pada Januari dan Jun lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Major Hazard Izani Mohd Zain memberitahu Bernama di sini, dua kematian itu berlaku di Pengerang, Johor. Kematian pertama pada Januari membabitkan seorang jurutera yang maut ketika menyelam untuk memasang perlindungan katod pada struktur jeti, katanya menambah jurutera berkenaan tidak memberi respons terhadap bantuan pernafasan.

Kejadian kedua berlaku pada 16 Jun yang berpunca daripada kegagalan majikan memantau pekerja, mengakibatkan seorang daripada mereka terjatuh ke dalam laut dan lemas.

"Setiap syarikat petroleum dan operator terminal ada prosedur keselamatan sendiri tetapi semua mereka mengamalkan langkah standard menghentikan kerja ketika cuaca buruk dan ribut petir, terutama apabila bekerja dengan bahan berbahaya dan amat mudah terbakar," kata Izani.

Pengurus Keselamatan Summit Petroleum Sdn Bhd Chong Kian Fook pula memberitahu Bernama tidak ada satu prosedur standard di terminal petroleum.

"Setiap syarikat ada polisi dan prosedur sendiri tetapi semua mengikut garis panduan asas yang disediakan DOSH," katanya. Summit Petroleum mengendalikan fasiliti minyak dan gas di Pelabuhan Klang. Chong berkata, prosedur standard pula bergantung kepada kemampuan kewangan dan tenaga kerja sesebuah syarikat.

"Jika mereka mempunyai sumber kewangan yang besar dan tenaga kerja mencukupi untuk melaksanakan lebih banyak langkah keselamatan, mereka akan lakukannya tetapi kebanyakan syarikat hanya ikut prosedur asas," katanya.

Chong berkata, satu daripada amalan keselamatan di terminal petroleum ialah menghentikan kerja memindah atau memuat ketika hujan lebat dengan jarak penglihatan yang kurang baik serta semasa ribut petir.

Sementara itu, Izani berkata, sekalipun DOSh tidak bertanggungjawab berkenaan prosedur keselamatan kapal tangki, jabatan itu meneliti opsyen untuk membantu dalam siasatan berhubung insiden di Labuan minggu lepas.

Kapal tangki milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC), Bunga Alpina terbakar dan mencetuskan letupan di terminal Petronas Chemicals Methanol Sdn Bhd, mengakibatkan lima kru terbunuh.

Media sebelum itu melaporkan kapal tangki berkenaan mungkin terkena panahan petir ketika kejadian ribut petir.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan ketika kejadian jam 2 pagi itu Labuan dilanda ribut petir, namun siasatan berkenaan punca sebenar insiden masih berjalan. - BERNAMA

Cetak

Employers urged to enhance safety at workplace

The Star Online, 15 May 2012

KUALA TERENGGANU: Employers are urged to enhance their standard operating procedures on workers' safety.

Commenting on the fire at the Petronas gas processing plant in Kertih near here last week, Human Resources Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam said SOP centres on safety must be a priority for every company.

"The safety of the workers must always be top priority. A higher standard operating procedure will ensure that tragedies at the work place do not occur," he said.

Dr Subramaniam was speaking to reporters after visiting the 35 workers who were injured in the incident. A contract worker was killed in the fire on May 9.

Cetak

Tingkat tahap keselamatan - CIDB

Utusan Malaysia, 15 Mei 2012

 

news 468 Sharifudin Che Omar (kanan) memeriksa dokumen sebahagian pekerja di tapak pembinaan sebuah hotel ketika operasi penguatkuasaan bersepadu di tapak-tapak pembinaan di Alor Setar, Kedah semalam. - UTUSAN/ Kamal Basir

ALOR SETAR 14 Mei - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan operasi bersepadu secara mengejut untuk meningkatkan tahap kesedaran majikan dan pekerja terhadap kualiti serta keselamatan di tapak pembinaan.

Pengarah CIDB Kedah dan Perlis, Sharifudin Che Omar berkata, operasi itu melibatkan Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

"Pemantauan mendapati tahap pematuhan kontraktor terhadap industri pembinaan di negeri ini masih boleh dipertingkatkan termasuk meliputi pembekalan peralatan pelindungan diri (PPE) kepada pekerja seperti kasut dan topi keselamatan," katanya kepada pemberita ketika membuat pemeriksaan di tapak pembinaan hotel Bandar Baru Mergong di sini hari ini.

Cetak

Kemalangan maut di tempat kerja meningkat

Utusan Malaysia, 15 Mei 2012

BUKIT MERTAJAM 14 Mei - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) memandang serius peningkatan kadar kemalangan maut di tempat kerja serta melibatkan pekerja berulang alik ketika pergi atau pulang bekerja.

Berdasarkan statistik, kadar kemalangan maut tertinggi dicatatkan adalah pada 2005 dengan 1,449 kematian manakala tahun lalu seramai 1,254 orang maut berbanding 1,004 pada 2000

Lebih membimbangkan, ia berlaku meskipun kadar nahas menurun hampir 40 peratus iaitu 95,024 pada 2000 kepada 59,897 kes tahun lalu.

Pengarah JKKP negeri, Mohd. Anuar Embi berkata, pihaknya sentiasa menjalankan pelbagai program bagi menangani kes kemalangan di tempat kerja, namun statistiknya masih tinggi.

Menurutnya, pelbagai faktor luaran dilihat menyumbang kepada peningkatan itu seperti trafik, keadaan jalan raya, selain masalah teknikal melibatkan kenderaan yang dinaiki pekerja iaitu 76 peratus kemalangan membabitkan penunggang motosikal.

Cetak

Majikan disaran sedia peruntukan khas pekerja

Berita Harian, 29 April 2012

world osh 2012

SUBRAMANIAM dan Maznah melihat dua mesin hemodialisis pada Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2012 di Muadzam Shah

ROMPIN: Majikan di negara ini disaran menyediakan peruntukan khas dalam sistem pengurusan mereka bagi melahirkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan di kalangan pekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata peruntukan khas seperti penganjuran seminar, kursus dan penyediaan peralatan kerja yang lebih sempurna wajar disediakan bagi meningkatkan ciri keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan pekerja syarikat.

Beliau berkata, majikan perlu memberi penekanan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi menjamin pengurusan sumber manusia mampu meningkatkan produktiviti syarikat. “Amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan pelaksanaan sistem pengurusan sudah terbukti dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

“Jadi, saya berharap setiap majikan dapat mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam demi keselamatan pekerja masingmasing,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Di Tempat Kerja 2012 di Muadzam Shah dekat sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menterinya, Senator Datuk Maznah Mazlan dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan danKesihatan Pekerjaan (JKKP), Datuk Dr Johari Basri.

Pada majlis sama, Subramaniam turut menyampaikan dua mesin hemodialisis kepada Hospital Muadzam Shah bernilai RM38,000 setiap satu dan sumbangan kepada empat penerima faedah Pertubuhan Kebajikan Sosial (PERKESO).

Sementara itu, Subramaniam berkata, pihaknya sudah menjalankan 10,520 pemeriksaan di tempat kerja dan 146,580 jentera tahun lalu.

"Daripada jumlah itu, 6,261 notis dikeluarkan kerana kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan, 234 dikenakan kompaun dan 183 kes didakwa.

Kaunter Perkhidmatan

Untuk sebarang urusan rasmi di Ibupejabat JKKP Putrajaya sila berurusan di:

Aras 4 (Kaunter Utama), Blok D3, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya
(T): 03 - 8886 5343
(F): 03 - 8889 2443
Call Centre: 03-8871 1228
(E): Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
( Kaunter Aras 3 )
Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.
( Kaunter Aras 4 )
(W): www.dosh.gov.my

Bilangan Pelawat

004537052
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Jumlah
1503
14132
1503
4439170
283982
422705
4537052