• Main

Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan Dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 [P.U.(A) 310/2013]

Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS) telah diwartakan pada 11 Oktober 2013.

Peraturan CLASS merupakan satu peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Peraturan CLASS ini bagi menggantikan Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pembungkusan dan Pelabelan Bahan Kimia Berbahaya) 1997 (Peraturan CPL). Peraturan CLASS merupakan kawalan dalam bentuk perundangan untuk memastikan pembekal menyediakan maklumat yang mencukupi berkaitan bahaya bahan kimia bagi memastikan risiko kemalangan dan penyakit pekerjaan yang berkemungkinan wujud hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tempat kerja dapat dikawal pada tahap rendah, seterusnya menyediakan suasana dan keadaan tempat kerja yang selamat dan sihat.

Di bawah Peraturan CLASS, pembekal perlu menjalankan pengelasan, pelabelan, penyediaan Helaian Data Keselamatan, pembungkusan dan penghantaran maklumat inventori bahan kimia. Dalam peraturan ini, pembekal ditakrifkan sebagai seseorang yang membekalkan bahan kimia berbahaya, dan termasuklah pembekal utama (seseorang pembekal yang merumus, mengilang, mengimport, mengitar semula atau merumus semula bahan kimia berbahaya) dan pembekal subsidiari (seseorang pembekal yang membungkus semula, mengedar atau menjual secara runcit bahan kimia berbahaya).

Peraturan CPL yang sebelum ini digunakan sebagai mekanisme kawalan pembekalan bahan kimia berbahaya ke tempat kerja di Malaysia telah mula dikuatkuasakan pada 15 April 1997. Walaupun demikian memandangkan kini Sistem Terharmoni Global Bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia (GHS) sedang giat dilaksanakan di seluruh dunia, Malaysia turut mengambil langkah proaktif untuk melaksanakan GHS dalam sektor industri dengan pewartaan Peraturan CLASS bagi menggantikan Peraturan CPL yang sedia ada.

Info Berkaitan:

  1. Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan Dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013
  2. Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard, 2014  archive [ ZIP ]  pdf [ PDF ]
  3. pdf Surat Pemberitahuan Pewartaan Kod Tataamalan Industri bagi Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya
  4. pdf Senarai Pernyataan Bahaya dan Pernyataan Berjaga-jaga
  5. folder Senarai Piktogram Bahaya
  6. Laman Sesawang Chemical Information Management System
  7. FAQ

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

  1. Shabanon binti Mohd Sharif (03-8871 1276 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Mohd Norhisyam bin Omar (03-8876 5379 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  3. Azreen Shazwani binti Omar (03-8886 5364 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  4. Muhammad Azhar bin Tahrel (03-8871 1229 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Generik CHRA

Pendekatan generik Penaksiran Risiko Kepada Kesihatan adalah terpakai pada tempat-tempat kerja yang mana bahan kimia berbahaya kepada kesihatan digunakan serta risiko dan langkah-langkah kawalan yang diambil adalah setara.

Dalam penaksiran risiko generik, laporan penaksiran yang telah dibuat bagi sesuatu tempat kerja boleh digunakan untuk tempat kerja yang lain jika aktiviti, risiko dan langkah-langkah kawalan adalah sama.

Penaksiran generik boleh dijalankan di tempat-tempat kerja seperti rangkaian stesen minyak, kedai  makanan segera, kedai dobi, ladang getah, ladang kelapa sawit dan lain-lain lagi.

pdf  Generik CHRA

pdf  Senarai Syarikat dan Tempat Kerja Yang Telah Mendapat Kelulusan Generik CHRA

Konvesyen Senjata Kimia

Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar Negeri sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang kawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menengani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia. Jabatan memainkan peranan yang penting dalam membantu PBK KSK menguatkuasakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Peraturan-Peraturan Konvensyen Senjata Kimia 2007. Jabatan telah diberi tanggungjawab dalam menyediakan prosedur pemeriksaan kebangsaan bagi senjata kimia oleh Inspektor Kebangsaan.

Penilaian Risiko Dan Kawalan Ringkas (SiRAC)

PERHATIAN: Sistem penilaian dan kawalan ini masih dalam proses perbincangan, oleh itu segala maklumat yang terkandung adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.

Apa itu SiRAC?

  • Ringkasan pada Simple Risk Assessment and Control (Penilaian Risiko dan Kawalan Ringkas)
  • Satu sistem yang digunakan untuk melakukan penilaian ringkas ke atas proses pengelasan risiko tempat kerja serta langkah kawalan berdasarkan kombinasi maklumat hazard dan pendedahan pada bahan kimia berbahaya.
  • Penekanan pada kawalan risiko
  • Berdasarkan UK’s COSHH Essentials

 

Aplikasi
Dapat diaplikasikan hanya jika semua bahan kimia berbahaya pada kesihatan yang digunakan dalam unit kerja tertentu memenuhi kriteria di bawah:

  • Bahan kimia yang tersenarai dalam daftar kimia
  • Setiap bahan kimia yang tidak diklasifikasikan sebagai karsinogen kategori 1; mutagen kategori 1 atau 2, atau berbahaya pada pemekaan pernafasan kategori 1.

 

Tidak boleh diguna pakai untuk bahan kimia yang berikut:-

  • Bahan kimia yang diklasifikasikan sebagai karsinogen kategori 1; mutagen kategori 1 atau 2, atau berbahaya pada pemekaan pernafasan kategori 1.
  • proses yang menghasilkan debu dan asap
  • debu organik
  • gas

 

Siapa yang Boleh Menjalankan?
Seseorang yang mempunyai pengetahuan dalam :

  • cara penafsiran Risalah Data Keselamatan (SDS);
  • proses kerja dan tugas;
  • prinsip dasar Pengenalpastian Hazard, Penafsiran Risiko dan Kawalan risiko (HIRARC); dan
  • keperluan asas Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), USECHH dan panduan yang relevan.

 

Metodologi

  • Risk Equation:
    - Risiko = Hazard X Pendedahan
  • Hazard digambarkan sebagai hal pengelasan hazard (kenyataan / kod hazard)
  • Pendedahan diwakili oleh parameter di bawah:
    - Skala penggunaan
    - Kemampuan untuk menjadi bahan terampai di udara
    - Frekuensi dan tempoh pendedahan

 

Carta Alir

SiRAC flowchart

Kualiti Udara Dalaman

Tataamalan Kualiti Udara Dalaman telah diperkenalkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan pada tahun 2005 dengan tujuan untuk memberi garis panduan dan menetapkan standard minima dalam melindungi kesihatan pekerja dan juga penghuni sesuatu kawasan yang tertutup yang dilengkapi sistem pengalihudaraan mekanikal dan/atau penyaman udara. Tataamalan ini terpakai di semua tempat kerja bukan industri yang disenarai di bawah Jadual 1 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514). Pada tahun 2010, Jabatan telah memperkenalkan Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 bagi meningkatkan pematuhan tempat kerja yang dimaksudkan.

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan isu-isu kualiti udara dalaman adalah melibatkan penyiasatan aduan yang diterima daripada pekerja. Prosedur melakukan aduan boleh dirujuk di dalam Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010. Proses melakukan siasatan biasanya melibatkan 5 aktiviti utama iaitu lawatan awal tempat aduan, pengukuran paras kontamina yang terkandung di tempat aduan, penganalisian data, perbincangan dengan majikan dan pengeluaran laporan.

Selain itu, kajian bersama agensi-agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan juga turut dijalankan. Kebiasaannya, penglibatan JKKP adalah menghulurkan kepakaran dalam pengendalian peralatan pengukuran dan juga menganalisis data yang telah dimuat turun hasil daripada pengukuran yang dijalankan.

Bagi menambah bilangan kepakaran di kalangan pegawai JKKP khususnya pegawai daripada Seksyen Industri Higien, latihan pengendalian peralatan kualiti udara dalaman juga diberikan. Latihan ini melibatkan pengajaran secara teori dan juga praktikal diterapkan bagi memberi pengajaran yang berkesan kepada pegawai.

Tags Cloud