Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Panduan Pengisian Borang Fillable

      SILA KLIK small-blue-arrowsmall-blue-arrowsmall-blue-arrowVIDEO PANDUAN PENGISIAN BORANG FILLABLE

      1. PENGENALAN

      Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menaiktaraf dan menambahbaik perkhidmatan JKKP ke arah perkhidmatan atas talian terutamanya bagi perkhidmatan yang melibatkan permohonan. Sebagai langkah permulaan, JKKP telah menukarkan borang muat turun bagi Orang Yang Kompeten (OYK) dan Pusat Pengajar Kompeten (PPK) ke bentuk fillable di mana borang-borang tersebut boleh diisi terus oleh pelanggan menerusi komputer. Pelanggan boleh terus mencetak borang yang telah siap diisi dan seterusnya menghantar borang tersebut secara pos atau menerusi kaunter pejabat JKKP berkenaan.

      2. PANDUAN PENGGUNAAN

      Borang ini telah dibangunkan dengan konsep membenarkan kesemua maklumat yang diperlukan (kecuali tandatangan) terus diisi/ditaip, dengan menggunakan komputer. Borang ini tidak mempunyai kemudahan untuk disimpan kecuali anda menggunakan perisian sebagaimana dinyatakan di ** Nota.

      3. KEPERLUAN MINIMUM PELANGGAN

      Adobe Reader 6.0 dan ke atas.

      ** Nota: Sekiranya anda menggunakan perisian Adobe Acrobat Pro, kesemua borang yang telah diisi boleh disimpan di dalam local komputer anda.

      Klik disini untuk memuat turun perisian Adobe Acrobat Reader yang terkini.

      4. CONTOH PENGISIAN BORANG FILLABLE

      Contoh pengisian borang fillable adalah sebagaimana dipaparkan di dalam:

      small-blue-arrowsmall-blue-arrowsmall-blue-arrowVIDEO PANDUAN PENGISIAN BORANG FILLABLE.

      Cetak Emel