Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Sistem Pembayaran dan Muat Turun CF Atas Talian

      Sistem Pembayaran dan Muat Turun CF Atas Talian merupakan salah satu perkhidmatan atas talian yang telah disediakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi memudahkan pelanggan untuk memuat turun CF secara atas talian. Kemudahan untuk muat turun CF ini telah dilaksanakan di semua JKKP Negeri. Selain daripada kemudahan muat turun CF atas talian, sistem ini turut menyediakan kemudahan untuk pelanggan membuat pembayaran secara atas talian. Walaubagaimanapun pada masa ini kemudahan bagi pembayaran secara atas talian ini hanya disediakan di JKKP Negeri Sembilan sahaja. Perluasan pelaksanaan ke JKKP Negeri lain akan disediakan dalam masa terdekat.

      Bagi pelanggan yang pertama kali ingin menggunakan perkhidmatan ini perlulah mendaftar secara atas talian menerusi pautan “Sistem Pembayaran dan Muat Turun CF Atas Talian” yang disediakan di laman web jabatan www.dosh.gov.my. Pelanggan perlu mendapatkan nombor daftar tempat kerja daripada JKKP Negeri berkenaan untuk memudahkan pendaftaran.

      Rujuk pdf  Tatacara Penggunaan Sistem Pembayaran dan Muat Turun CF Atas Talian yang disediakan untuk memudahkan urusan.

      Kelebihan sistem ini kepada pelanggan adalah sebagaimana berikut:

      (A) Muat Turun CF Atas Talian

      i.Memudahkan pelanggan untuk muat turun CF di mana sahaja lokasi yang mempunyai rangkaian internet

      ii.Pelanggan tidak perlu hadir ke pejabat JKKP Negeri semata-mata untuk mengambil CF

      iii.Menjimatkan kos dan masa

      (B) Pembayaran Atas Talian

      i.Pelanggan boleh membuat pembayaran secara atas talian tanpa perlu bayar di Pejabat

      ii.Pelanggan boleh mencetak resit dan CF secara atas talian

      iii.Pelanggan tidak perlu menunggu pegawai JKKP untuk cetak CF

      Cetak Emel