Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Sistem Mata Program Pendidikan Berterusan (CEP)

      • Di bawah Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan) 1997,  Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang telah berdaftar dengan Jabatan adalah dikehendaki menghadiri sekurang-kurangya satu program pendidikan berterusan dalam tempoh satu tahun bagi tujuan pembaharuan pendaftaran. Definisi program pendidikan berterusan (Continuous Education Program – CEP) hanyalah terhad kepada menghadiri kursus yang diiktiraf oleh Jabatan dengan mata sebanyak 15 mata.

        Walau bagaimanapun, memandangkan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (Safety Health Officer – SHO) juga terlibat dalam aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan seperti promosi, pembangunan piawaian atau garispanduan, dan juga pembangunan kompetensi. Maka, Jabatan telah meluaskan definisi CEP kepada enam(6) perkara yang membolehkan SHO menepati kepada Peraturan 8 ini. Perluasan definisi ini boleh didapati di Garispanduan Sistem Pengiraan Mata bagi Program Pendidikan Berterusan.

        Oleh itu, panduan pendaftaran program pendidikan berterusan hanyalah menjurus kepada Perkara 4.3 di dalam Garispanduan Sistem Pengiraan Mata bagi Program Pendidikan Berterusan iaitu penganjuran 2 hari kursus, seminar, persidangan, dialog, bengkel, konvensyen atau ceramah pembangunan profesional berterusan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mendapatkan pengiktirafan Jabatan sahaja.

      Cetak Emel