Cetak

Kelulusan dan Kebenaran

Kelulusan dan kebenaran prosedur baik pulih yang dikeluarkan oleh Jabatan ialah kelulusan bagi reka bentuk dan dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat. Manakala kebenaran memasang adalah untuk jentera am.

Panduan dan prosedur bagi kelulusan yang dijalankan oleh JKKP adalah sebagaimana berikut:

  • Pendahuluan

    Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) merupakan salah satu kehendak dan keperluan dalam Akta Kilang dan Jentera 1967, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan dibawahnya. Dimana terdapat 7 jenis kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) yang perlu mendapat kelulusan daripada Ketua Pengarah untuk digunakan oleh pekerja / pengguna sebagai salah satu langkah kawalan kejuruteraan. Kelulusan Perlindungan Diri (KPD) yang telah diberikan melibatkan perlindungan kepada : -

    1.     KPD – Perlindungan Pernafasan (JKKP HIE/12/2/1)

    2.     KPD – Perlindungan Pendengaran (JKKP HIE/12/2/2)
    3.     KPD – Perlindungan Mata (JKKP HIE/12/2/3)
    4.     KPD – Perlindungan Tangan (JKKP HIE/12/2/4)
    5.     KPD – Perlindungan Kaki (JKKP HIE/12/2/5)
    6.     KPD – Perlindungan Badan (JKKP HIE/12/2/6)
    7.     KPD – Perlindungan Kepala (JKKP HIE/12/2/7)

    Cara-Cara Membuat Permohonan


    Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan surat berkepala dan dialamatkan kepada :-

    Unit Kelulusan,
    Seksyen Peralatan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 2, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315

    Dokumen-Dokumen Permohonan

    Dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-

    1.   Surat permohonan berkepala surat
    2.   Katalog/risalah asal dan manual penggunaan
    3.   * Surat kelulusan atau bukti pengiktirafan daripada Badan Melulus/Memeriksa/Menguji
    4.   * Laporan pemeriksaan/pengujian daripada Badan Melulus/Memeriksa/Menguji
    5.   Surat lantikan sebagai pengedar/pembuat daripada pembuat asal

    Sampel produk setiap jenis dan model


    Nota

    1* Dokumen yang disertakan mestilah salinan asal atau yang telah disahkan/diperakui oleh Badan Melulus/ Memeriksa/Menguji iaitu SIRIM (M) Sdn. Bhd.
    2. Setiap JENIS ALAT yang berlainan, hendaklah dimohon secara berasingan. Sila nyatakan maklumat permohonan seperti berikut ;

                i.     Bil
                ii.    Jenis alat
                iii.   Jenama
                iv.    Model
                v.     Pembuat
                vi.    Standard / Piawaian
                vii.   Jenis Perlindungan


    Proses Kelulusan

    Pihak JKKP akan membuat pengesahan dokumen-dokumen yang telah diberikan atau lawatan pemeriksaan tempat kerja setelah menerima maklumat permohonan yang LENGKAP. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan LENGKAP diterima.

    Prosedur selepas mendapat kelulusan adalah seperti berikut:-

    1. Menyerahkan satu salinan surat kelulusan atau bukti pengiktirafan Badankuasa Meluluskan/Memeriksa/Menguji dan Laporan pemeriksaan/pengujian daripada Badankuasa Meluluskan/Memeriksa/Menguji iaitu Sirim (M) Sdn. Bhd. untuk memperbaharui kelulusan.
    2. Memaklumkan kepada Jabatan mengenai sebarang pertukaran alamat, nombor telefon, nombor faks atau status sebagai pembekal atau pengedar yang sah.
    3. Memberikan bantuan latihan kepada pengguna tentang pemilihan, penggunaan dan penyenggaraan kelengkapan perlindungan diri.
    4. Mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan ini dari masa ke semasa. Jabatan ini boleh menarik balik kelulusan yang dikeluarkan jika maklumat yang diberikan tidak benar.
    5. Menggunakan label atau logo kelulusan yang dibenarkan.

     

    Laman Web Jabatan

    Senarai Kelulusan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD) yang AKTIF akan dimuatnaik ke dalam laman sesawang Jabatan selepas kelulusan diberikan mengikut jenis perlindungan tersebut. Pembuat, pembekal, pengedar dan pengguna boleh melihat senarai kelulusan yang telah di dalam laman web Jabatan.


    Sebarang Pertanyaan / Persoalan

    Sila hubungi :-

    Unit Kelulusan,
    Seksyen Peralatan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 2, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315
  • Pendahuluan

    Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989, memperuntukan penghuni sesebuah kilang / sesuatu tempat kerja menjalankan permonitoran pendedahan pekerja untuk menentukan permonitoran ini menunjukkan ada pekerja terdedah kepada paras bising pada atau melebihi paras bertindak (pasar bunyi berterusan setara sebanyak 85dB(A) atau dos bising harian yang bersamaan dengan 0.5) penghuni hendaklah mengadakan program pengujian audiometrik bagi semua pekerja berkenaan.

    Cara-Cara Membuat Permohonan

    Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan surat berkepala dan dialamatkan kepada :-

    Unit Kelulusan,
    Seksyen Peralatan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 2, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315


    Dokumen-Dokumen Permohonan

    Bagi Pusat Ujian Audiometrik (Statik) dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-

    1.   Lukisan rekabentuk dan pelan lokasi bilik senyap

    2.   Laporan penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik (dari jenis yang diluluskan oleh JKKP)

    3.   Sijil latihan kekompetenan juruteknik yang akan mengendalikan peralatan berkenaan

    4.   Maklumat mengenai doktor yang akan mengawasi kerja-kerja ujian audiometrik

    5.   Prosedur Kerja Selamat (SOP) bertulis ujian audiometrik termasuk format laporan ujian

    Bagi Pusat Ujian Audiometrik (Bergerak) dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-

    1.   Maklumat berkaitan pendaftaran kenderaan

    2.   Lukisan rekabentuk bilik senyap

    3.   Laporan tahunan penentukuran alat ‘Precision Sound Level Meter Type 1’ dan ‘Sound Level Calibrator Type 1’ oleh pihak pembuat

    4.   Laporan penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik (dari jenis yang diluluskan oleh JKKP)

    5.   Sijil latihan kekompetenan juruteknik yang akan mengendalikan peralatan berkenaan

    6.   Maklumat mengenai doktor yang akan mengawasi kerja-kerja ujian audiometrik

    7.   Prosedur Kerja Selamat (SOP) bertulis ujian audiometrik merangkumi tatacara penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik, contoh senarai semak bagi penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik termasuk format laporan ujian


    Proses Kelulusan

    P
    ihak JKKP akan membuat pengesahan penentukuran Pusat Ujian Audiometrik setelah menerima maklumat permohonan yang LENGKAP. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan LENGKAP diterima.

    Prosedur selepas mendapat kelulusan adalah seperti berikut :-

    i.    Menghantar laporan ujian audiometrik yang pertama (selepas kelulusan) ke JKKP
    ii.   Membuat penentukuran bilik senyap dan alat pengukur audiometrik tahunan ditempat dimana ujian audiometrik dijalankan atau membuat penentukuran atas arahan Ketua Pemeriksa. Salinan rekod penentukuran perlu dihantar ke JKKP
    iii.  Membuat penentukuran tahunan untuk alat “Precision Sound Level Meter Type 1, dan “Sound Level Calibrator Type 1” oleh pihak pembuat /pengilang (PUA – Bergerak)
    iv. Kelulusan akan terbatal dengan sendirinya , jika paras bunyi yang dibenarkan di dalam bilik senyap melampaui hadnya atau bilik senyap telah dialih dari tempat asal.
    v.  Memberitahu JKKP mengenai sebarang pertukaran juruteknik, doktor, lokasi Pusat Ujian Audiometrik atau pemilik peralatan berkenaan.
    vi. Mengemukakan senarai tempat-tempat kerja dimana ujian audiometrik dijalankan dalam tempoh setahun pada hujung tahun atau awal tahun berikutnya serta memberitahu kepada pihak JKKP Ibu Pejabat dan JKKP Pejabat Negeri dalam masa 2 minggu sebelum Ujian Audiometrik dijalankan.

     
    Laman Web Jabatan

    Senarai Pusat Ujian Audiometrik (Statik) dan Pusat Ujian Audiometrik (Bergerak) yang AKTIF akan dimuatnaik ke dalam laman web Jabatan selepas kelulusan diberikan

    Sebarang Pertanyaan

    Sila hubungi :-

    Unit Kelulusan,
    Seksyen Peralatan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 2, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315

  • Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk dan Pemasangan Lif, Eskalator dan Dumbwaiter (di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970)

    Pengenalan

    Pemasangan Lif Letrik Penumpang, Eskalator dan Dumbwaiter hendaklah mendapat kelulusan rekabentuk jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Industri, Ibupejabat.

    Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan

    Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan lif seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967, di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

    Tujuan

    Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon untuk mengetahui tatacara kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan lif tersebut adalah selamat kepada pengguna. Jabatan ini memastikan supaya rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

    Syarat-Syarat Permohonan

    Pemohon yang hendak mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pemasangan lif hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
       
    »     Berdaftar dengan jabatan ini sebagai Syarikat Memasang dan Menyelenggara Lif, Eskalator dan Dumbwaiter.
    »     Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Orang-orang Kompeten yang masih aktif dengan syarikat tersebut dan diiktiraf oleh jabatan ini.

    Dokumen Yang Diperlukan

    Bagi tujuan mendapat kelulusan pemasangan lif, pemunya atau syarikat pemasang lif hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera, dua (2) salinan dokumen-dokumen yang berikut :-

    »   Data-data terperinci dan ukuran-ukuran lif seperti yang dikehendaki di Jadual Pertama dalam Akta ini.
    »   Lukisan pelan yang lengkap dan menunjukkan butir-butir dan saiz siap yang berikut :-
    1. Saiz dan kedudukan lubang lif
    2. Butir-butir mengenai litup lubang lif
    3. Saiz, kedudukan, bilangan dan jenis pintu lataran
    4. Saiz dan kedudukan bilik jentera berkaitan dengan lubang lif
    5. Peruntukan laluan ke bilik jentera
    6. Peruntukan bagi gantian udara dan jika boleh, cahaya semulajadi bilik jentera
    7. Bilangan tingkat yang dilayan oleh lif
    8. Tinggi antara setiap tingkat lataran
    9. Bilangan pintu masuk
    10. Jumlah ruang atas
    11. Ketinggian bilik jentera
    12. Kedalaman lubang pit
    »  Sijil-sijil atau perakuan yang dikeluarkan oleh pembuat lif berkenaan :-
    1. Perakuan menyatakan bahawa lif itu telah direkabentuk dan dibina menurut peraturan-peraturan ini setakat mana peruntukan-peruntukan ini dipakai baginya 
    2. Perakuan menyatakan bahawa rekabentuk giar keselamatan dan rekabentuk penampan jenis minyak telah berjaya dalam ujian-ujian, termasuk ujian laju lampau di bawah beban kontrak penuh
    3. Perakuan menyatakan bahawa tebatan bagi bahagian-bahagian letrik semua pengawal pesawat mengunci pintu lataran, pesawat merentikan kereta lif pada hujung perjalanan, suis get, suis-suis pintu kereta lif, dan pesawat kendalian yang lain dan yang seumpamanya telah berjaya dalam ujian, dengan menggunakan voltan arus ulang alik sama dengan sepuluh kali voltan kerja, dengan voltan maksima dua ribu voltan selama tidak kurang daripada satu minit apabila dikenakan :-Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
      1. Di antara bahagian hidup dengan kotak-kotak atau rangka bina dengan semua litar-litar tertutup
      2. Di antara terminal-terminal utama atau bahagian-bahagian yang bersamaan dengan semua litar terbuka
      3. Di antara mana-mana bahagian litar hidup atau litar-litar berasingan
    4. Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
  • Pendahuluan

    Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989, memperutukkan bahawa Proses Pembagasan Pasir tidak boleh digunakan di dalam mana-mana kilang kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pemeriksa.

    Pembagasan Pasir” ditafsirkan sebagai pembersihan, pelicinan, pengasaran, pemotongan, penyediaan atau pembuangan permukaan atau sebahagian daripada permukaan mana-mana bangunan, kapal atau barang dengan menggunakan pasir atau bahan-bahan lain yang mengandungi silika berhablur yang digerakkan oleh bagas udara mampat atau wap atau suatu roda atau apa-apa cara yang seumpamanya.

    Silika Berhablur” merujuk kepada bentuk hablur bagi silica bebas yang meliputi kuarza, kritobolit dan tridimit.

    Silika Bebas” merujuk kepada silica dioksida yang tidak digabungkan dengan apa-apa elemen atau sebatian lain.
     

    Cara-Cara Membuat Permohonan

    Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan surat berkepala dan dialamatkan kepada :-

    Unit Kelulusan,
    Seksyen Peralatan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 2, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315

    Dokumen-Dokumen Permohonan

    Dokumen berikut perlu disertakan dengan permohonan:-

    1.     Maklumat ringkas mengenai syarikat pemohon
    2.     Maklumat mengenai mesin pembagasan pasir termasuk no. siri, model & kuasa
    3.     Lukisan rekabentuk atau katalog mesin pembagasan
    4.     Risalah Data Keselamatan Kimia (CSDS) yang lengkap
    5.     Prosedur Kerja Selamat (SOP) untuk proses pembagasan sebelum, semasa dan selepas
    6.     Carta proses kerja berkaitan
    7.     Langkah-langkah keselamatan yang disediakan seperti pemberian PPE, tanda amaran dsb
    8.    
    Pelan ke lokasi pembagasan untuk lawatan pemeriksaan

    Proses Kelulusan

    Pihak JKKP akan membuat lawatan pemeriksaan Proses Pembagasan Pasir setelah menerima maklumat permohonan yang LENGKAP. Keputusan akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari bekerja daripada tarikh permohonan LENGKAP diterima.

    Prosedur selepas mendapat kelulusan adalah seperti berikut :-

    i.     Mematuhi Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994 untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja-pekerja yang mengendalikan jentera tersebut.

    ii.     Mematuhi Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan & Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan 2000).

    iii.    Memohon kebenaran dari JKKP IbuPejabat sekiranya media pembagasan ditukarkan kepada bahan selain dari yang tersebut diatas seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera 1967 (Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Habuk Galian 1989) iaitu sekiranya bahan itu mengandungi peratus silika berhablur bebas (free crystalline silica) kurang daripada 1% pada kepekatan melebihi 5mg/m3 untuk ‘respirable dust’ atau 10 mg/m3 untuk ‘total dust’ pada tempoh purata pemberat 8 jam (TWA8).

    iv.        Mendapat kebenaran memasang dan mengendalikan jentera pembagasan tersebut dan lain-lain jentera berkaitan daripada Pengarah, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dinegeri berkaitan

    Sebarang Pertanyaan


    Sila hubungi :-

    Unit Kelulusan,
    Seksyen Peralatan,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
    Aras 2, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315
  • Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk Mesin Angkat

    Pengenalan

    Setiap mesin angkat (hoisting machine) yang menggunakan kuasa ‘power driven’ seperti elektrik, diesel, pneumatik dan sebagainya perlu memiliki Perakuan Kelayakan Mesin Angkat (CF) yang sah untuk digunakan. Untuk tujuan tersebut, kelulusan rekabentuk perlu dipohon terlebih dahulu daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibu pejabat sebelum dibina, dipasang dan/atau digunakan.

    Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan

    Mengikut takrif “hoisting machine” di bawah Akta 139, Akta Kilang dan Jentera, 1967, (Pindaan) 2006, Seksyen 3 (e):

    "hoisting machine" means any equipment for lifting, raising or lowering load such as a lift, escalator, hoist, crane, winch, dragline, piling machine, aerial cableway, funicular railway, access platform, dumbwaiter, vertical conveyor lifter, and mechanical loading ramp, and includes transporter, walkalator and other similar equipment, but does not include manual hoist and materials handling equipment;’

    Takrif “material handling equipment” di bawah Akta 139, Akta Kilang dan Jentera, 1967, (Pindaan) 2006, Seksyen 3(h):

    "material handling equipment" means any power-driven equipment for handling materials, and includes forklift, conveyor, stacker, excavator, tractor, dumper or bulldozer but does not include hoisting machine;’

    Tujuan

    Risalah ini dikeluarkan bagi membantu pemohon untuk memahami tatacara Kelulusan Rekabentuk Mesin Angkat dikeluarkan supaya rekabentuk mengikut koda-koda dan standard piawaian yang diiktiraf antarabangsa.

    Jenis-jenis Permohonan

    Terdapat beberapa keadaan, jenis mesin angkat serta tempoh sah yang diberikan kelulusan rekabentuk iaitu :-

    1. Bagi mesin angkat yang akan dibina mengikut kehendak pengguna (customize) seperti Kren Laluan Atas (Overhead Travelling Crane), Monorail Crane, Portal Crane, Jib Crane, Kren Kontena (Container Crane/Quay Crane), Gondola, Scissors Lift, Goodshoist dan lain-lain yang sama dengan maksudnya, tempoh sah kelulusan rekabentuk untuk pembinaan adalah selama 2 tahun sahaja. Kelulusan diberikan berdasarkan unit mesin angkat berkenaan. Bagi mesin angkat buatan tempatan, syarikat pembuat tersebut hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai Firma Yang Kompeten – (Syarikat Pembuat Struktur Mesin Angkat / Perancah).
    2. Bagi mesin angkat jenis Kren Bergerak (Mobile Crane), Kren Berantai (Crawler Crane) Truck Mounted Crane, Piling Crane, Boring Rig, Derric Crane, Wharf Crane, Auger Crane, Railway Crane dan yang sama dalam kategorinya, kelulusan rekabentuk diberikan berdasarkan kepada model kren berkenaan. Sekiranya model berkenaan belum mendapat kelulusan rekabentuk, pihak yang ingin menggunakan model berkenaan perlulah mendapatkan kelulusan rekabentuk terlebih dahulu daripada Ibu pejabat JKKP.
    3. Bagi pembinaan mesin angkat secara banyak (mass production) jenis seperti Aerial Platform, Post Lift dan yang sama dalam kategorinya, kelulusan diberikan berdasarkan kepada model mesin angkat dan syarikat pemohon.
    4. Bagi mesin angkat Kren Menara, Mesin angkat Barang-barang dan Penumpang (Builder Hoist) dan SkiplMaterial Hoist kelulusan diberikan berdasarkan bilangan unit yang dimohon sahaja dan nombor siri yang dikeluarkan oleh pembuat mesin angkat tersebut. Kelulusan rekabentuk jenis ini diberikan untuk mesin angkat baru sahaja.


    Syarat khas untuk membuat pemasangan jentera

    Kelulusan kebenaran mengimport dari pihak MITI diperlukan dan mana-mana syarikat di dalam negara atau luar negara yang ingin membuat pemasangan jentera mesin angkat hendaklah berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sebagai Firma Yang Kompeten – (Syarikat Pemasang, Penyelenggara & Perombak Kren Menara / Mesin Angkat Penumpang / Mesin Angkat Barang / Gondola / Mast Climbing Working Platform / Kren Kontena).

    Prosedur Permohonan

    Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online). Sila muat turun panduan permohonan

    LAMPIRAN 1 - PANDUAN PENGGUNA UNTUK PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT - Bagi mesin angkat yang belum mendapat kelulusan rekabentuk

    LAMPIRAN 2 - PANDUAN PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT - ((RE-APPROVAL - KELULUSAN SEMULA) – TAMBAHAN UNIT) UNTUK TOWER CRANE DAN PASSENGER HOIST SAHAJA - Bagi mesin angkat yang telah mendapat kelulusan rekabentuk dan ingin menambah unit mesin angkat (Kren Menara atau Passenger Hoist Sahaja)

    LAMPIRAN 3 - PANDUAN UNTUK PENGESAHAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT - (CONFIRMATION – (PENGESAHAN) UNTUK KREN BERGERAK SEPERTI MOBILE CRANE, CRAWLER CRANE, BORING RIG, PILING MACHINE, MOBILE ELEVATING WORK PLATFORM (SKYLIFT), TRUCK MOUNTED CRANE SAHAJA - Bagi mendapatkan pengesahan samada model telah diluluskan (untuk kren bergerak sahaja) Contoh: Mobile crane, crawler crane, truck mounted crane, Boring Rig, Piling Machine, Mobile Elevating Work Platform (sky lift)

    LAMPIRAN 4 - PANDUAN UNTUK PERMOHONAN KELULUSAN REKABENTUK MESIN ANGKAT (AMUSEMENT PARK RIDES – KATEGORI I) - Bagi mesin angkat Amusement Park Rides – Kategori I yang belum mendapat kelulusan rekabentuk


    Pengecualian
       
    Bagi mesin angkat jenis Monorail Crane, sekiranya galang (girder) yang menggunakan I-Beam & H-Beam Standard Properties seperti dalam kod rekabentuk, dimana Beban Kerja Selamat ( SWL ) yang sama atau kurang dari 4 tan tidak memerlukan kelulusan rekabentuk dari Ibu Pejabat tetapi masih perlu didaftarkan dengan JKKP Negeri.

    Syarikat pembuat berdaftar atau pemilik dikehendaki berhubung terus dengan pejabat negeri JKKP berkenaan dengan mengemukakan maklumat berkaitan, lukisan asas serta perkiraan struktur yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah sebelum apa-apa pemeriksaan dan ujian dikendalikan.

    Bagi mesin angkat Tail-Lift / Dock Leveller dikecualikan dari memerlukan Sijil Perakuan Kelayakan Mesin Angkat ( CF ) tetapi masih memerlukan kelulusan rekabentuk daripada JKKP Ibu Pejabat.

    Pertanyaan

    Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan kepada:

    Unit Mesin Angkat,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
    Aras 3, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62530 W. P. Putrajaya.

    Tel : 03 – 8886 5342
    Faks : 03 – 8889 2349



  • PERMOHONAN KEBENARAN MEMASANG (PTI) / MENGENDALI (PTO) TALIAN PAIP DAN SIMPANAN PUKAL PETROLEUM SERTA KELULUSAN PERALATAN PETROLEUM

    Pendahuluan
          
    Pada Oktober 1992 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diberi tanggungjawab mentadbir Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 dan peraturan-peraturan berkaitan dibawahnya. Akta ini mengawal selia keselamatan industri petroleum yang merangkumi keselamatan aspek pengangkutan, penstoran, pengendalian dan penggunaan peralatan/perkakasan bahan-bahan petroleum. Bagi memastikan kelicinan penguatkuasaan Akta ini, KPDNHEP telah memberi tanggungjawab kepada JKKP untuk melaksanakan salah satu Peraturan di bawah Akta ini iaitu Peraturan-peraturan Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan)(Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985. 

    Tujuan
          
    Panduan ini bertujuan menerangkan kepada pemohon mengenai prosedur permohonan kebenaran memasang (PTI) / mengendali (PTO) talian paip dan simpanan pukal serta kelulusan peralatan petroleum. Permohonan dibahagikan kepada empat kategori;
          i.  Kebenaran memasang (PTI) talian paip petroleum
          ii. Kebenaran mengendali (PTO) talian paip petroleum
          iii. Kebenaran memasang (PTI) simpanan pukal Gas Petroleum Cecair (GPC/LPG) dan sistem talian paip fuel gas ke alat pembakar (appliances)
          iv. Kelulusan peralatan petroleum

    Tafsiran
        
    i.     Petroleum
                
    Apa-apa minyak mineral atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang terdapat dalam keadaan semulajadinya dan casing head petroleum spirit termasuk batu syel bitumen dan lain-lain mendapan yang berlapis yang darinya minyak boleh diperolehi, termasuk keluaran-keluaran petroleum.
         
    ii. Keluaran-keluaran Petroleum
               
    Semua bahan yang diperolehi daripada petroleum iaitu:
               
    • Metana, etana, propana, butana atau hidrokarbon yang mungkin mengandungi satu atau lebih gas di atas sama ada dalam bentuk gas atau cecair (Cth:gas asli dan LPG)         
    • Gasolin
    • Nafta
    • Reformat
    • Kerosin
    • Diesel
    • Minyak Bahan Api (Fuel Gas)
    • Minyak Bes
    • Minyak Pelincir
    • Asfalt / Bitumen
    • Gris dan Lilin    

     iii.     Talian Paip Petroleum
                   
    Talian Paip Petroleum adalah merupakan semua bahagian kemudahan-kemudahan fizikal yang melaluinya bahan petroleum digerakkan dalam pengangkutan termasuk paip, injap dan lain-lain perkakas yang dipasangkan kepada paip, pam, unit pemampat, meter, pengatur dan pasangan-pasangan berangka.
          
    iv.     Simpanan Pukal
                
    Sistem penyimpanan gas petroleum cecair (LPG/GPC) dari tangki atau selinder (melebihi dua selinder industri 50 kg).
         
    v.         Peralatan Petroleum
               
    Peralatan Petroleum adalah semua bahagian kemudahan fizikal yang dipasang kepada talian paip petroleum iaitu seperti injap (valve), meter, pengatur (regulator) dan seumpamanya.


    Skop Pemakaian Peraturan-Peraturan Petroleum (Pengangkutan Melalui Talian Paip) 1985
          
    i.     Kebenaran Memasang (PTI) dan Mengendali (PTO) Talian Paip Petroleum
                
    Permohonan PTI dan PTO hendaklah diperolehi bagi:
                
    a) Talian paip yang mengangkut petroleum cecair di antara kemudahan-kemudahan pengeluaran, ladang-ladang tangki, loji memproses gas asli, kilang-kilang penapis, stesen-stesen servis, terminal-terminal (laut, rel dan trak) dan tempat-tempat penghantaran dan penerimaan lain.
                
    b) Talian paip yang mengangkut gas asli daripada saluran keluar alat pisah atau perangkap di telaga-telaga minyak hingga ke saluran keluar pasangan set meter pengguna termasuklah loji memproses gas, stesen menyukat dan mengatur. (Pemasangan talian paip selepas stesen pintu kota sehingga ke sebelum stesen memeter dan mengatur di kilang adalah tertakluk di bawah Akta Bekalan Gas 1993).
                
    Semua rekabentuk, pembinaan, pemasangan, pengujian dan aspek keselamatan pengendalian dan penyenggaraan talian paip yang mengangkut gas asli hendaklah mematuhi Kod Piawaian ASME B 31.8, manakala bagi talian paip yang mengangkut petroleum cecair ialah Kod Piawaian ASME B 31.4 . Lihat Rajah 1.

    ii.     Kebenaran Memasang (PTI) Simpanan Pukal Gas Petroleum Cecair (GPC/LPG) dan Sistem Talian Paip Fuel Gas Ke Alat Pembakar (appliances)

                
    Semua bahan yang diperolehi daripada petroleum iaitu:
                
    a. Pemasangan Dua Selinder GPC atau lebih di permis kilang. Lihat Rajah 2.   
    b. Pemasangan Dua Selinder GPC sistem keluaran cecair di mana-mana premis.            
    c. Pemasangan Tangki Pukal GPC (200kg, 2.5 kL, 10 kL, 60 kL dan sebagainya) di mana-mana premis. Lihat Rajah 3
    d. Pemasangan talian paip gas (fuel gas) di premis kilang. Lihat Rajah 4.
    e. Pemasangan talian paip gas (fuel gas) di Loji Kuasa (Power Plant) dan Loji Petrokimia. Lihat Rajah 1.

    Semua rekabentuk, pemasangan, pengujian dan aspek keselamatan pengendalian bagi pemasangan sistem a,b, c dan d di atas hendaklah mematuhi kod rekabentuk MS 830 dan MS 930.
                
    Manakala bagi pemasangan sistem e, kod rekabentuk yang di gunapakai adalah ASME B 31.1 (Pemasangan talian paip gas di Loji Kuasa) dan ASME B 31.3 (Pemasangan talian paip di Loji Petrokhemical Plant).
          
    iii.     Kelulusan Peralatan Petroleum
                
    Permohonan kelulusan penggunaan peralatan petroleum hendaklah diperolehi bagi kesemua jenis valve (ct; ‘ball valve’, check valve’, ‘gate valve’, meter, alat atur (regulator), monolitic joints dan sebagainya.

    Permohonan
          
    Permohonan kebenaran memasang (PTI) / mengendali (PTO) talian paip dan simpanan pukal serta kelulusan peralatan petroleum hendaklah dikemukakan melalui surat rasmi beserta lampiran senarai semak dokumen-dokumen sokongan dan dialamatkan kepada:

    Ketua Pengarah
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    Aras 2, 3 & 4, Blok D3, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya
          
    Jika permohonan melalui tangan, sila kemukakan permohonan di Kaunter Perkhidmatan di Aras 3, seperti alamat di atas.
          
    Berikut adalah senarai borang dan dokumen-dokumen sokongan yang perlu dikemukakan untuk permohonan:

    i. Kebenaran memasang (PTI) talian paip petroleum (TPSP 1) dl unguvm
    ii. Kebenaran mengendali (PTO) talian paip petroleum (TPSP 2)dl unguvm
    iii. Kebenaran memasang (PTI) simpanan pukal Gas Petroleum Cecair (GPC/LPG) dan talian paip fuel gas (TPSP 3)dl unguvm
    iv. Kelulusan peralatan petroleum (TPSP 4)dl unguvm


    Piagam Pelanggan

    Permohonan yang dikemukakan beserta dokumen yang lengkap akan diproses dalam masa 15 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.

    Carta Aliran Proses Permohonan

    Carta Alir Proses Permohonandl unguvm

    Maklumat-Maklumat Yang Berkaitan

    JKKP BP1 – Pengesahan Kimpalan Talian Paip dl unguvm
    TPSP 2a – Akuan Pengesahan Menurut Peraturan 6(2)(a) dari kontraktor dl unguvm
    TPSP 2b – Akuan Pengesahan Menurut Peraturan 6(2)(2) dari pemunya dl unguvm
    DS-159 – Borang Pemeriksaan dan Ujian Hidrostatik Talian Paip Petroleum
    dl unguvm
    Rekod Pemeriksaan Pemasangan dan Ujian Kebocoran Sistem Gas Petroleum Cecair dl unguvm
    Rekod Pemeriksaan Pemasangan dan Ujian Kebosoran Sistem Paip Gas Asli dari Stesen Memeter ke Alat Pembakar dl unguvm

     

     

  • Pengenalan Kepada Pengandung Tekanan Tak Berapi

    Dibawah Akta Kilang dan Jentera, 1967, setiap pengandung tekanan tak berapi yang hendak digunakan perlulah mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang sah sebelum dibenarkan untuk beroperasi. Bagi tujuan tersebut, pengandung tekanan tak berapi tersebut perlulah terlebih dahulu memperolehi kelulusan rekabentuk daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibupejabat sebelum ia dibina, dipasang, atau digunakan.

    Permohonan bagi kelulusan rekabentuk bolehlah dibuat oleh syarikat pembuat, pemasang, pembekal atau pemilik pengandung tekanan tak berapi berkenaan. Bagi pembuat pengandung tekanan tak berapi tempatan, syarikat tersebut perlulah berdaftar sebagai pembuat dengan Jabatan.

    Berikut adalah beberapa contoh pengandung tekanan tak berapi yang perlu mendapat kelulusan rekabentuk:
    • Bekas udara
    • Penyucihama
    • Tangki simpanan LPG
    • Penukar haba
    • Pengandung tekanan di loji petro kimia, dsb.

    Maklumat-maklumat yang perlu dikemukakan untuk kelulusan rekabentuk pengandung tekanan tak berapi:

    icon Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Impot, IDxDP lebih 3000psig-in)

    icon Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Impot, IDxDP sama atau kurang 3000psig-in)

    icon Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Tempatan)

    icon Permohonan Rekabentuk Pengandung Tekanan Tak Berapi (Terpakai)

    icon Contoh bagi Pelan Rekabentuk


    Sebarang pertanyaan lain, boleh menghubungi Pegawai Bertugas.

    Unit Pengandung Tekanan Tak Berapi,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
    Aras 3, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya

    Tel: 603-8886 5342
    Fax: 603-8889 2349

  • Pengenalan Dandang Stim

    Dibawah Akta Kilang dan Jentera, 1967, setiap dandang stim yang hendak dibuat atau dibawa masuk ke negara ini perlulah memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang sah untuk digunakan. Oleh itu, dandang stim tersebut perlulah terlebih dahulu memperolehi kelulusan rekabentuk daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibupejabat sebelum dibuat, dipasang, atau digunakan.

    Permohonan bolehlah dibuat oleh syarikat pembuat, pemasang, pembekal atau pemilik dandang stim berkenaan. Bagi pembuat dandang tempatan, syarikat tersebut perlulah berdaftar sebagai pembuat dengan Jabatan.

    Berikut adalah beberapa contoh dandang stim yang perlu didaftarkan:
    1.  Dandang Stim Tiub Air
    2.  Dandang Stim Tiub Api
    3.  Dandang Stim Elektrik
    4. Waste Heat Recovery Boiler
    Walau bagaimanapun, peralatan-peralatan seperti Thermal Oil Heater dan Dandang Air Panas masih perlu didaftarkan meskipun tidak menghasilkan stim.

    Berikut adalah maklumat-maklumat yang diperlukan untuk kelulusan rekabentuk dandang stim.:

    Permohonan Rekabentuk Dandang (Import & Tempatan)
    dl unguvm
    Permohonan Rekabentuk Dandang (Terpakai) dl unguvm

    Sebarang pertanyaan lain, boleh diajukan di:

    Ketua Unit Dandang Stim,
    Unit Dandang Stim,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Aras 3, Blok D3, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya

    Tel: +603-88865353
    Fax: +603-88892349
  • Tujuan

    Prosedur ini bertujuan menerangkan permohonan untuk menjalankan ujian hidrostatik atau kendalian yang disaksikan oleh Pegawai JKKP.

    Prosedur
    1. Dandang stim atau pengandung tekanan yang akan diuji telah mendapat kelulusan rekabentuk (jentera baru) atau kelulusan membaikpulih (jentera berdaftar).   
    2. Kemukakan surat permohonan untuk menjalankan ujian ke atas jentera kepada Pejabat JKKP negeri di mana ujian akan dilakukan.
    3. Hubungi Pejabat JKKP untuk menetapkan tarikh ujian tidak lewat satu minggu dari tarikh ujian.
    4. Kemukakan maklumat jentera seperti salinan surat kelulusan, laporan data pembuat, rekod pengimpal dan sebagainya yang berkaitan kepada Pegawai JKKP sebelum ujian dilakukan.
    Carta Alir

    Dapatkan surat kelulusan:

    i.     Rekabentuk, atau
    ii. Kelulusan Baik Pulih

    arrow 130

    Hantar surat permohonan kepada Pejabat JKKP

    arrow 130

    Hubungi Pejabat JKKP untuk penetapan tarikh ujian

    arrow 130

    Kemukakan maklumat berkaitan kepada Pegawai JKKP