Breadcumb Caption
  • Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan
Breadcumb Caption
  • Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan

Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan

Carta Organisasi

Objektif

  1. Mencadangkan dasar melalui kajian, penyelidikan dan pembangunan KKP
  2. Menggubal dan menyemak perundangan
  3. Memantau pelaksanaan dasar Jabatan
  4. Menyampaikan dan menerangkan maklumat serta dasar Jabatan

SEKSYEN PEMBANGUNAN

UNIT SEMAKAN DAN GUBALAN

  • Menggubal dan menyedia draf Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah BARU termasuk menjalankan kerja-kerja mengumpul maklumat keperluan (hasil kajian), menyedia dan menyemak draf bagi tujuan penggubalan.
  • Menyemak dan meminda Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah SEDIA ADA. Semakan termasuk dari segi kelemahan, kesesuaian keadaan semasa dan pembaikan yang boleh dibuat bagi memantapkan lagi Akta, Peraturan, Perintah, Tata Amalan Industri, Garis Panduan dan Pekeliling Ketua Pengarah tersebut.
  • Menganggotai Pasukan Semakan bagi tujuan menyemak draf Akta/Peraturan/Perintah/Tata Amalan Industri/Garis Panduan, membaca pruf dan menyemak/membuat terjemahan ke atas draf.
  • Koordinasi bagi menyelaras dan menyelenggara TC/WG yang ditubuhkan untuk pembangunan Malaysia Standard/Garis panduan/Kod Amalan oleh agensi luar (JSM, SIRIM, MITI, MOFA, KDN, MBAM, NIOSH, NRE, KKM, MQA,AADK-KKM, SPAN, CIDB, KPDNKK, Petronas, JPK dan lain-lain).
  • Menyelaras ulasan cadangan draf Malaysian Standard/ Garis panduan berkaitan KKP.
  • Focal point bagi pengurusan dan penyelarasan maklumat dari “WTO TBT Enquiry Point (Malaysia)” - JSM, MITI.
  • Menyemak atau melakukan kajian terhadap piawaian lain bagi tujuan proses penandaarasan sebelum penetapan dasar atau polisi jabatan dilakukan.
  • Menjadi urus setia bagi Mesyuarat Semakan Dasar Jabatan.

SEKSYEN DASAR, ANTARABANGSA DAN PENYELIDIKAN

A. UNIT DASAR

  • Menyelaras dan memantau pencapaian bulanan/tahunan aktiviti pejabat-pejabat negeri dan bahagian-bahagian di ibu pejabat.
  • Menganalisis dan menerbitkan statistik rasmi jabatan (statistik kemalangan, pendakwaan, penguatkuasaan dan promosi.
  • Membantu KSM dalam menyediakan maklumbalas isu-isu KKP yang dibangkitkan di Parlimen.
  • Menyediakan dan memantau pencapaian KPI YB Menteri, KSU dan Ketua Pengarah.
  • Mengurus kemasukan dan menjalankan analisis ke atas data kemalangan dan penyakit pekerjaan dari agensi yang berkenaan seperti JKKP, PERKESO, JTK dan Kementerian Kewangan (Ex-Gratia).
  • Memastikan keputusan yang dicapai dalam mesyuarat pengurusan tertinggi jabatan dan kementerian berkaitan dasar jabatan dan KKP Negara dipantau dan dilaksanakan.

B. UNIT PENYELIDIKAN

  • Menyelaras dan memantau projek pembangunan dan penyelidikan berkaitan KKP Jabatan.
  • Merancang, menyelaras dan memantau penyelidikan KKP bersama universiti/agensi lain serta menyediakan penulisan ilmiah seperti jurnal, artikel dan lain-lain.
  • Menjadi badan penghubung dengan organisasi/agensi luar bagi menjalinkan kerjasama penyelidikan berkaitan KKP.
  • Melakukan kerja-kerja analisis dan membuat laporan berkenaan dengan perlaksanaan program kumpulan strategi Jabatan (Sektor Awam, Sektor Pertanian, Perhutanan, Perikanan dan Veterinar, Sektor IKS, Sektor Pembinaan dan Tapak Bina).
  • Merancang, merangka, menyelaras dan menyediakan input kepada laporan pelan strategik Jabatan seperti Pelan Induk KKP Negara.
  • Menyelia dan menyelaras program inovasi Jabatan.

C. UNIT KOMUNIKASI DAN KORPORAT

  • Memastikan proses komunikasi, penglibatan dan perundingan dapat dilaksanakan kepada semua pelanggan dalaman dan luaran.
  • Menerima, menilai dan bertindak terhadap proses komunikasi, termasuk menerima maklumbalas dalam menerapkan kesedaran, pengetahuan, penyelesaian masalah pelanggan dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta penglibatan dan perundingan dengan pihak luar.
  • Memastikan semua perkhidmatan yang tidak memenuhi keperluan yang ditetapkan dikenalpasti dan dikawal bagi mengelakkan ianya daripada digunakan dalam proses atau sampai kepada pelanggan.
  • Menjadi badan penghubung dalam penyaluran maklumat/dasar/program yang dilaksanakan jabatan
  • Mengurus dan menyelaraskan aduan dan pertanyaan awam berkaitan KKP.

D. UNIT ANTARABANGSA

  • Mengurus dan menyelaras ratifikasi dan konvensyen badan antarabangsa berkaitan KKP.
  • Menjalankan program pembangunan KKP dan menyediakan laporan di peringkat antarabangsa seperti MTCP, TCTP, MHLW Japan, ASEAN OSHNet Training, OIC OSHNet Training, United Nation, ILO, IALI, ASEAN OSHNet, CAPAM, SLOM, ASEM, OIC dan OSHNet.
  • Menyelaras mesyuarat di peringkat antarabangsa seperti MHLW Japan, ASEAN OSHNet, OIC OSHNet, United Nation, ILO, IALI, ASEAN OSHNet, CAPAM, SLOM, ASEM, OIC dan OSHNet.
  • Menyelaras program serta menyediakan kertas kelulusan dan kertas pembentangan di peringkat antarabangsa.
  • Menyedia dan menganalisis kertas MoU dengan agensi antarabangsa.
  • Menyedia dan mengemaskini data “National OSH Scorecard”.



Cetak Emel