Tingkat tahap keselamatan - CIDB

Utusan Malaysia, 15 Mei 2012

 

news 468 Sharifudin Che Omar (kanan) memeriksa dokumen sebahagian pekerja di tapak pembinaan sebuah hotel ketika operasi penguatkuasaan bersepadu di tapak-tapak pembinaan di Alor Setar, Kedah semalam. - UTUSAN/ Kamal Basir

ALOR SETAR 14 Mei - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalankan operasi bersepadu secara mengejut untuk meningkatkan tahap kesedaran majikan dan pekerja terhadap kualiti serta keselamatan di tapak pembinaan.

Pengarah CIDB Kedah dan Perlis, Sharifudin Che Omar berkata, operasi itu melibatkan Jabatan Imigresen, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

"Pemantauan mendapati tahap pematuhan kontraktor terhadap industri pembinaan di negeri ini masih boleh dipertingkatkan termasuk meliputi pembekalan peralatan pelindungan diri (PPE) kepada pekerja seperti kasut dan topi keselamatan," katanya kepada pemberita ketika membuat pemeriksaan di tapak pembinaan hotel Bandar Baru Mergong di sini hari ini.

Cetak