.
.
.
.
.
.
Print

Letupan dan Kebakaran di Kilang Mengekstrak Minyak Sawit Daripada Tanah Liat Peluntur

Safety alert ini dikeluarkan lanjutan daripada kejadian kebakaran dan letupan melibatkan penggunaan bahan kimia yang mudah terbakar-n-heksane, pada bulan Februari 2011 yang lalu.Kejadian ini berlaku di sebuah kilang di Nilai, Negeri Sembilan. Kilang ini mengekstrak minyak kelapa sawit daripada tanah liat peluntur yang menggunakan bahan kimia n-heksane sebagai bahan pelarut.

Seorang pekerja telah terbunuh, tiga orang pekerja cedera parah dan enam yang lain mengalami cedera ringan akibat daripada letupan dan kebakaran tersebut. Kebakaran di kilang ini juga menyebabkan kerosakan yang besar pada bahagian pemprosesan, dan struktur bangunan yang bersebelahan.

Hasil penyiasatan awal mendapati punca letupan dan kebakaran itu adalah disebabkan oleh limpahan bahan kimia n-heksane daripada kawasan pemprosesan pengekstrakan dan juga limpahan larutan campuran tanah liat peluntur dan n-heksane. Limpahan n-heksane di lantai seterusnya mengalir ke longkang dalam kawasan kilang.Limpahan bahan ini yang berkumpul dan menjadi satu kuantiti yang banyak hanya menunggu sumber percikan api atau haba panas untuk meletuskan satu letupan dan kebakaran.

bkf03 bkf03

Gambar: Kilang semasa kebakaran dan selepas kebakaran

Cadangan Langkah-Langkah Kawalan Keselamatan Untuk Mengelakkan Berlakunya Letupan Dan Kebakaran Untuk Proses Yang melibatkan n-Heksane

Untuk mengelakkan berlakunya letupan dan kebakaran di kilang yang melibatkan penggunaan bahan kimia n-heksane sebagai bahan pelarut, langkah-langkan berikut adalah dicadangkan:

  • Loji pemerosesan ini hendaklah mematuhi kepada spesifikasi dan kehendak kawalan keselamatan proses[process safety control] misalnya yang merangkumi aspek rekabentuk loji pemerosesan dan pemasangan alat-alat kawalan keselamatan proses;pembinaan dan pemasangan loji;pengendalian oleh pekerja-pekerja yang terlatih; kawalan keatas process upset; penyelenggaraan dan kerja-kerja pembaikan;penyimpanan bahan kimia mudah terbakar dan pemeriksaan berkala ke atas loji dan pemasangan;
  • Kawalan terhadap kebocoran n-heksane pada loji – majikan hendaklah memastikan setiap kebocoran n-heksane perlulah dielakkan dengan menyediakan alat-alat kawalan keselamatan yang mustahak seperti automatic level control ,overflow tank dan sebagainya;
  • Kawalan terhadap sumber penyalaan dengan memastikan loji dan pemasangannya mematuhi kepada kehendak MS,IEC,NFPA untuk persekitaran kerja dimana melibatkan penggunaan bahan mudah terbakar.Sumber-sumber penyalaan ialah seperti pembebasan arus elektrostatik, geseran, tindak balas kimia, permukaan panas dan juga kerja-kerja panas (hot work) di tempat kerja hendaklah dikenal pasti dan dielakkan daripada wujud di kawasan tempat kerja;
  • Memasang alat pengesan kebocoran di kawasan loji pemerosesan;
  • Memastikan para pekerja diberikan latihan yang komprehensif dan mencukupi dan kompeten untuk pengendalian bahan kimia n-heksane; dan
  • Lantai-lantai kerja dan loji pemerosesan hendaklah sentiasa diselenggarakan dan dijagai bersih dan selamat daripada apa-apa limpahan bahan-bahan kimia yang mudah terbakar.

Rujukan Tambahan:

  1. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Assessment Of The Health Risks Arising From The Use Of Hazardous Chemicals In Workplace
  2. Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Guidelines On The Control Of Chemicals Hazardous to Health
  3. U.S. Occupational Safety and Health Administration, Occupational Safety and Health Guideline for n-Hexane

Support Center

For any official matter at DOSH Headquarters, please proceed to:

Level 4 (Main Counter), Block D3, Complex D, Federal Government Administrative Centre, 62530 Putrajaya
(T): 03-8886 5343
(F): 03-8889 2443
Call Centre: 03-8871 1228
(E): This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Counter Level 3)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
(Counter Level 4)
(W): www.dosh.gov.my

Visitors Counter

008157617
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
5864
14811
47292
7977281
396139
839601
8157617