Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan 2016

      jkkp ksm ncosh logo

      KENYATAAN MEDIA

      JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

      SEMINAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI (IPT) PERINGKAT KEBANGSAAN 2016

      Kuala Lumpur, 11 Ogos –  Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Institut Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Kebangsaan 2016yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia.

      Dalam majlis berkenaan, beliau memaklumkan penganjuran program ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada para graduan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu, para graduan juga diterangkan mengenai peluang kerjaya dalam bidang ini seperti Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) dan juga Orang Yang Kompetan (OYK) dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

      Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan kadar kemalangan negara bagi tahun 2015 adalah 2.81 per 1,000 pekerja. Manakala pada tahun 2014 adalah sebanyak 3.10 per 1,000 pekerja. Ini menunjukkan penurunan sebanyak 9.35 peratus. Tahun 2015 sahaja, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menjalankan sebanyak lebih kurang 258,800 pemeriksaan ke atas tempat kerja dan jentera. Berdasarkan jumlah tersebut, sebanyak 22,190 notis telah dikeluarkan, 913 kesalahan dikeluarkan kompaun dan sebanyak 353 kes didakwa atas kesalahan berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

      Beliau juga berharap agar setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam mahupun swasta di Negara ini dapat mengamalkan Sistem Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Occupational Safety and Health Management System) secara holistik bagi membantu meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Negara ini.

      Tamat.

      Tarikh siaran : 11 Ogos 2016

      Dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

      Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

      Kementerian Sumber Manusia

      Aras 5, Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya

      Tel : 03 8886 5004 / 5264                 Fax : 03 8889 2354

      Cetak Emel