Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      Kegagalan Kren Menara Jenis Luffing


      luffing
      Gambar : Kren menara yang mengalami kegagalan pada bum

      Satu kejadian berbahaya yang melibatkan sebuah kren menara jenis luffing telah berlaku di sebuah tapak pembinaan baru-baru ini. Dalam kejadian tersebut; operator kren sedang menaikkan bakul (bucket) dari takungan air selepas merendamnya untuk membuang sisa-sisa konkrit dalam bakul, dan tiba-tiba bum kren telah mengalami kegagalan di mana beberapa truss dan upper working arm telah patah. Seterusnya bum telah jatuh bebas dan menghentam struktur mast. Struktur mast dan bottom working arm didapati bengkok, namun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan ini.

      Langkah-langkah keselamatan yang dicadangkan:-

      1. Pemilik harus memastikan semua kren menara dikendalikan oleh operator yang kompeten dan berdaftar;
      2. Operator kren hendaklah mengendalikan kren dengan kaedah yang betul dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan dalam manual operasi;
      3. Apabila menghadapi kesukaran untuk mengangkat (lifting) sesuatu beban, operator kren mesti mengelakkan paksaan dan kerja-kerja mengangkat hendaklah dihentikan serta merta. Pemeriksaan perlu dibuat dan maklumkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut;
      4. Pihak kontraktor hendaklah menjalankan penilaian risiko ke atas setiap aktiviti kerja yang dibuat menggunakan kren menara;
      5. Pemilik kren mesti memastikan semua peranti keselamatan dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik; dan
      6. Pemeriksaan berkala hendaklah dilakukan ke atas struktur kren.

      Cetak Emel