Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim

GHS dan CLASS

Selaku agensi penguatkuasa, JKKP dengan kerjasama agensi kerajaan dan NGO seperti CICM, NIOSH, FMM, MITI telah mula melaksanakan aktiviti latihan dan promosi berkaitan GHS dan Peraturan CLASS semenjak tahun 2004. Setelah Peraturan CLASS diwartakan JKKP dengan kerjasama FMM telah melaksanakan aktiviti promosi ke seluruh negara. Secara prinsipnya, aktiviti berkaitan latihan dalam bidang KKP termasuk pengelasan bahan kimia adalah di bawah skop tugas NIOSH. Pada masa ini, JKKP mengalu-alukan pihak NGO/training provider lain yang ingin bekerjasama dengan Jabatan bagi melaksanakan program latihan berkaitan CLASS termasuk pengelasan.

Ianya dibenarkan selagi mana maksud tidak terpesong dari dokumen asal. Adalah menjadi tugas pembekal untuk memastikan terjemahan SDS yang baik dari Bahasa Inggeris ke bahasa kebangsaan. Peraturan CLASS tidak memerlukan terjemahan dibuat oleh penterjemah bertauliah. JKKP tidakmenyediakan sebarang kemudahan penterjemahan. Walau bagaimanapun, terma-terma lazim dan frasa-frasa seperti klasifikasi bahaya, pernyataan bahaya, pernyataan berjaga-jaga dan tajuk-tajuk SDS tersedia dalam dwi bahasa di dalam Peraturan dan ICOP CHC. Ini akan memudahkan proses terjemahan yang akan dilakukan pembekal.

Tidak. JKKP hanya bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan CLASS 2013 yang melibatkan bahan kimia di tempat kerja sahaja. Untuk sektor pengguna, ianya di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi dan Kepenggunaan. Walau bagaimanapun, sekiranya produk pengguna digunakan di tempat kerja, perlu mematuhi Peraturan CLASS.

Perbezaan utama mengenai kewajipan pembekal bahan kimia antara Peraturan CPL 1997 dan Peraturan CLASS 2013 ialah kewajipan menyediakan inventori bahan kimia oleh pembekal yang dikategorikan sebagai pengimport dan/atau pengeluar

Semua produk yang dibekal dan dikilangkan untuk pelanggan di Malaysia perlu patuh kepada Peraturan CLASS bermula 16 April 2015.JKKp telah memberikan tempoh persiapan rapi selama 1 tahun untuk industri mematuhi Peraturan CLASS dan tiada lagi pelanjutan tempoh diberikan oleh pengurusan tertinggi

Peraturan CLASS terpakai bagi bahan mentah dan bahan tambah dalam pembuatan produk makanan sekiranya tidak termasuk dalam bahan kimia yang dikecualikan daripada pemakaian Peraturan CLASS.

Singkatan

 CBI Maklumat sulit perniagaan
 CIMS Chemical Information Management System
CLASS Regulations

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013

 JKKP Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia
 GHS Sistem Terharmoni Global bagi Pengelasan dan Pelabelan Bahan Kimia
 ICOP CHC Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard
 REACH Registration, Evaluation, Authorisation & Restriction of Chemical
 SDS  Helaian Data Keselamatan
 USECHH Regulations

Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000

Am

JKKP telah mengiktiraf penyedia latihan yang berupaya menyediakan latihan berkaitan dengan Peraturan CLASS termasuk pengelasan, penyediaan pelabelan dan Helaian Data Keselamatan (SDS). Senarai penyedia latihan boleh didapatkan pada pautan di bawah:

http://www.dosh.gov.my/index.php/ms/persijilan/senarai-pusat-pengajar-yang-kompeten/2333-6-pusat-pengajar-peraturan-class-2013/file

Peraturan CLASS terpakai kepada bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja. Jika peruncit membekalkan bahan kimia berbahaya ke tempat kerja, peruncit tersebut perlu mematuhi keperluan tertentu dalam Peraturan CLASS seperti keperluan tentang pembungkusan, pelabelan dan SDS.

JKKP bertanggungjawab menguatkuasakan Peraturan CLASS yang melibatkan bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja sahaja. Sektor pengguna adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Bagaimanapun, sekiranya produk pengguna adalah bahan kimia yang dibekalkan untuk kegunaan di tempat kerja, ianya hendaklah mematuhi Peraturan CLASS.

Peraturan CLASS tidak terpakai kepada syarikat penghantaran/pengangkutan/perkhidmatan kiriman cepat yang hanya menghantar dan tidak membekalkan bahan kimia untuk kegunaan di tempat kerja, tidak kira sama ada syarikat tersebut memiliki atau menyewa sesebuah gudang. Bagaimanapun, jika pekerja di gudang mengendalikan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 adalah terpakai.

“Building block” GHS bagi Malaysia adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Peraturan CLASS dan “building block” yang tidak diguna pakai oleh Peraturan CLASS hendaklah disisihkan. Mana-mana “building block” yang tidak digunakan oleh Peraturan CLASS akan dinyatakan sebagai “Tidak terkelas”.

Pengelasan

Maklumat tentang kaedah pengelasan bahan kimia boleh merujuk pada:

  1. Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard, (ICOP CHC);
  2. The Globally Harmonized System of Classification and Labelling of Chemicals (GHS Purple Book)

Jika bahan kimia tersebut telah menjalani proses pengelasan dan didapati tidak terkelas menurut Peraturan CLASS, keperluan pembungkusan, pelabelan, SDS dan inventori bahan kimia berbahaya adalah tidak terpakai kepada bahan kimia tersebut. Bagaimanapun, keperluan SDS masih terpakai kepada campuran bahan kimia yang mengandungi bahan berbahaya melebihi kepekatan yang dinyatakan dalam Jadual Kelima, Peraturan CLASS. Sila simpan semua rekod pengelasan sebagai bukti pengelasan.

Format rekod pengelasan diberikan dalam perenggan 2.7 dalam Bahagian 2, ICOP CHC. Rekod pengelasan mestilah mengandungi semua maklumat seperti yang dinyatakan dalam format tersebut. Bagaimanapun, mana-mana bentuk dokumentasi, seperti pangkalan data atau alatan elektronik, yang mengandungi semua maklumat yang ditetapkan (seperti yang ditetapkan dalam format tersebut) akan dianggap sebagai rekod pengelasan. Sila ambil maklum bahawa SDS adalah bukan rekod pengelasan.

Rekod pengelasan bertujuan untuk membuktikan bahawa satu-satu bahan kimia itu dikelaskan menurut Peraturan CLASS dengan justifikasi dan/atau data untuk menyokong pengelasan tersebut. Justifikasi dan/atau data ini kemudian dipastikan andal melalui petikan yang betul dan dapat dijejaki sekiranya perlu.

Bagi bahan kimia yang tidak tersenarai dalam Bahagian 1, ICOP CHC, pembekal utama perlu menjalankan pengelasan sendiri/swapengelasan dengan menggunakan kaedah seperti yang diperincikan dalam Bahagian 2, ICOP CHC. Jika bahan kimia tersebut telah melalui proses pengelasan dan keputusan pengelasan adalah “tidak terkelas” bagi semua kelas bahaya, keperluan pembungkusan, pelabelan, SDS dan inventori bahan kimia berbahaya tidak terpakai bagi bahan kimia tersebut. Sila ambil maklum bahawa senarai bahan kimia dalam Bahagian 1 hanya terdiri daripada bahan dan senarai ini tidak terbatas.

Jika bahan kimia tersebut tersenarai dalam Bahagian 1, ICOP CHC, memadailah untuk menyatakan bahan kimia tersebut tersenarai dalam Bahagian 1, ICOP CHC di ruang justifikasi (rujuk Lampiran 2.3 Rekod Pengelasan).

Pengimport boleh mendapatkan data tentang pengelasan daripada pengilang luar negara. Jika data tersebut tidak boleh diperoleh, pengimport perlu mencari data tentang bahan kimia tersebut daripada literatur, jurnal, artikel mapan atau pangkalan data bahan kimia yang diiktiraf untuk menjalankan pengelasan sendiri menurut Bahagian 2, ICOP CHC. Pengimport berkewajipan memastikan rekod pengelasan tersedia untuk pemeriksaan.

Pengelasan tersebut hendaklah dilaksanakan berdasarkan bentuk produk yang dibekalkan. Oleh itu, dalam kes ini, pengelasan hendaklah dilaksanakan dalam bentuk pepejal. Jika terdapat apa-apa bahaya yang diketahui, yang boleh menjejaskan kesihatan semasa mengendalikan/menggunakan produk tersebut, hal ini hendaklah diperincikan dan dinyatakan dalam SDS (Seksyen 2, sebagaimana yang dijelaskan dalam perenggan 3.7.2.3, ICOP dan Seksyen 7).

Pembekal tersebut hendaklah mematuhi pengelasan yang diberikan dalam Bahagian 1, ICOP CHC. Jika terdapat bukti kukuh atau data yang tersedia untuk menyokong perbezaan dalam pengelasan, pembekal tersebut bolehlah mengemukakan bukti atau data kepada Jabatan untuk mengetengahkan ketaktekalan tersebut. Ketua Pengarah akan menentukan pengelasan muktamad bahan kimia tersebut.

Label

Peraturan CLASS tidak memerlukan terjemahan dilaksanakan oleh penterjemah bertauliah selagi maknanya tidak berubah daripada makna dalam dokumen asal. Pembekal bertanggungjawab untuk memastikan terjemahan yang betul daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi SDS. JKKP tidak menyediakan apa-apa khidmat terjemahan. Bagaimanapun, terma dan frasa biasa seperti pengelasan bahaya, pernyataan bahaya, pernyataan berjaga-jaga dan tajuk SDS mestilah seperti yang dinyatakan dalam kedua-dua bahasa dalam Peraturan dan Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya (ICOP CHC). Ini boleh membantu pembekal dalam proses terjemahan.

Piktogram pracetak lebihan hendaklah dilitupi dengan menggunakan warna sama seperti label atau dihitamkan keseluruhannya tanpa menunjukkan bentuk berlian. Contoh situasi diberikan dalam Jadual 1.

vm piktogram

Ya. Semua pernyataan bahaya perlu dinyatakan pada label melainkan jika terdapat keterangan penduaan atau lebihan. Jika berkenaan, pernyataan bahaya gabungan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, hendaklah digunakan pada label.

  1. Tangki penyimpanan – memerlukan label menurut Peraturan CLASS,
  2. Saluran paip – tiada pelabelan diperlukan menurut Peraturan CLASS,
  3. Lori tangki (semasa pengangkutan) – mungkin tidak memerlukan label menurut Peraturan CLASS,
  4. Lori tangki (disimpan di tempat kerja) – memerlukan label menurut Peraturan CLASS

Setiap piktogram mestilah 1/15 daripada permukaan label tetapi tidak boleh kurang daripada 100 mm². Permukaan label yang diambil kira adalah permukaan yang mengandungi maklumat seperti yang dinyatakan dalam subperaturan 8 (1) & (2) di bawah Peraturan CLASS.

Tidak ada format standard yang ditetapkan tetapi semua maklumat seperti yang dinyatakan dalam subperaturan 8 (1) & (2) di bawah Peraturan CLASS mestilah dimasukkan pada label.

Ya, anda boleh meletakkan dua nama syarikat berbeza pada label untuk menyatakan perincian pembekal. Sebagai contoh, perincian pengilang dan pengedar/pengimport, kedua-duanya boleh dinyatakan pada label. Perincian pembekal tempatan adalah wajib sementara perincian pengilang luar negara tidak diwajibkan.

Maklumat yang diperlukan dalam SDS hendaklah menurut keperluan minimum seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 3, ICOP CHC (Perenggan 3.6). Data REACH boleh digunakan jika ia berkaitan dengan maklumat yang diperlukan untuk SDS.

Tidak, JKKP tidak menyediakan apa-apa kelulusan atau persijilan ke atas SDS dan pelabelan. Pembekal berkewajipan memastikan SDS dan pelabelan mereka menurut Peraturan CLASS dan ICOP CHC.

Inventori

Keperluan untuk menyediakan dan mengemukakan inventori terpakai kepada pengimport dan/atau pengilang. Setiap bahan kimia berbahaya yang diimport atau dikilangkan dalam kuantiti 1 metrik tan (1000 kg) dan lebih setahun (1 Januari hingga 31 Disember) perlu dinyatakan dalam inventori yang perlu dikemukakan setiap tahun.

Inventori perlu dikemukakan setiap tahun selewat-lewatnya pada 31 Mac. Tempoh pengemukaan adalah dari 1 Januari hingga 31 Mac setiap tahun. Pengimport/pengilang disarankan mengemukakan inventori secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan sistem.

Pengimport/pengilang dinasihatkan mengemukakan inventori dengan menggunakan sistem yang boleh dicapai dengan menggunakan pautan berikut: https://cims.dosh.gov.my/. Untuk menggunakan sistem ini, setiap pengimport/pengilang bagi setiap premis perlu mendaftar dengan sistem tersebut. Sila ambil maklum bahawa CIMS bukanlah perisian pengelasan, sistem ini hanyalah sistem pengemukaan.

Menurut Peraturan 14 (3), Peraturan CLASS, inventori hendaklah merangkumi maklumat yang berikut:

  1. Pengecam produk;
  2. Nama bahan kimia berbahaya;
  3. Komposisi dan ramuan bahan kimia berbahaya;
  4. Pengelasan bahaya; dan
  5. Jumlah kuantiti bagi setiap bahan kimia berbahaya yang diimport atau dibekalkan.

Mana-mana pembekal yang didapati tidak mengemukakan atau sengaja tidak mengemukakan inventori pada masa yang ditetapkan mungkin tertakluk kepada penalti seperti yang dinyatakan dalam Peraturan. Pengemukaan lewat tidak akan dilayan.

Pembekal tempatan yang mendapat bahan kimia import daripada pembekal tempatan tidak dianggap sebagai pengimport dan dengan ini tidak dikehendaki mengemukakan inventori. Takrif pengimport dalam Peraturan CLASS hanya terpakai kepada pengimport yang mendapat bekalan bahan kimia terus dari luar negara.