6 maut, 22 cedera kren runtuh di dermaga Samsung

Berita Harian Online, 01 Mei 2017

 

news bho 010517 

SEKURANG-KURANGNYA enam orang terbunuh manakala 22 lagi cedera apabila sebuah kren runtuh di dermaga kapal Industri Berat Samsung di Pulau Geoje. - Foto Reuters

 

SEOUL: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 22 lagi cedera apabila sebuah kren runtuh di dermaga kapal Industri Berat Samsung di Pulau Geoje, di sini.
Siasatan mendapati kejadian itu berlaku ketika kerja pembinaan pelantar minyak sebuah syarikat tenaga dari Perancis sedang dijalankan.
Kren berkenaan runtuh selepas berlanggar dengan sebuah kren lain.
Misi mencari turut dijalankan bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan kren seberat 32 tan itu.
Samsung adalah pembuat kapal ketiga terbesar di dunia selepas Industri Berat Hyundai dan syarikat Pembinaan Kapal dan Kejuruteraan Marin Daewoo.
Syarikat terbabit menjalani penstrukturan semula sejak tahun 2014 berikutan penurunan harga minyak dan kelemahan dagangan global.
Sementara itu anak syarikat Total Norway berkata, insiden pada jam 7.45 pagi waktu tempatan itu tidak membabitkan pekerja mereka. - Reuters

 

Print