Search
Slider

KES MAHKAMAH-PEKERJA MAUT JATUH DARI TEMPAT TINGGI, MAJIKAN DIDENDA

press statement01

PEKERJA MAUT JATUH DARI TEMPAT TINGGI, MAJIKAN DIDENDA

Sandakan, 8 Mei 2019 – Sebuah syarikat perladangan hari ini telah dijatuhkan hukuman denda oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, Sabah selepas mengaku bersalah. Hakim Mahkamah Sesyen, Tuan Indra Bin Haji Ayub telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2,000 dan pampasan kepada waris sebanyak RM 18,000 terhadap syarikat berkenaan.

Terusan Baru Sdn Bhd telah didakwa dibawah Seksyen 15(1), Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 kerana gagal memastikan, setakat yang praktik keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja pekerjanya iaitu tidak menjalankan perkiraan sebelum membenarkan pekerjanya menjalankan kerja membuka atap di stor lama sehingga menyebabkan pekerjanya terjatuh dari tempat tinggi dan maut selepas beberapa hari menerima rawatan di hospital.

Pendakwaan telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah, Mohd Fairul Azwan Bin Ismail dan dibantu oleh Mohd Ghazali Bin Mohd Jajuli. Kes tersebut disiasat oleh pegawai dari Seksyen Siasatan dan Pendakwaan JKKP Sabah yang di ketuai oleh Nur Kamil Adli Bin Mohd Nawar dan di bantu Mohamad Edrus Bin Ramli.

###

Dikeluarkan oleh:
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah
8 Mei 2019

Print Email