Bahagian Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Sektor Bukan Kilang (SBK)

Carta Organisasi

Seksyen Industri Kecil dan Sederhana

  • Merancang dan memantau semua program/model baru seperti WISE, WISCON, WIND yang dibangunkan oleh pelan strategik di bawah OSH MP 15 yang akan dilaksanakan oleh Pejabat Negeri.
  • Mengatur strategi membantu IKS mematuhi perundangan KKP melalui inisiatif baru dan progres perlaksanaan dianalisis setiap tahun dan mencadangkan semak semula setiap 5 tahun.
  • Merangka, mengkaji dan menyemak semula perundangan dan polisi jabatan berkaitan KKP untuk digunapakai di sektor IKS.
  • Mengatur strategi baru kawalan hazard yang dikenalpasti daripada aktiviti kerja IKS.
  • Pusat maklumat bersepadu kepada seksyen IKS Pejabat Negeri dan Bahagian Dasar dan Antarabangsa JKKP (ASEAN OSHnet, ASEM, …).
  • Menerima dan mengumpul maklumat dan laporan bulanan yang dilakukan oleh seksyen IKS Pejabat Negeri.
  • Menganalisa maklumat perlaksanaan dan keberkesanan program/aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Negeri.
  • Memberi khidmat nasihat, teknikal dan kepakaran kepada Pejabat Negeri, syarikat dan IKS.
  • Mengkoordinasikan program latihan IKS kepada pegawai JKKP khusus yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sektor berkaitan.
  • Mengkoordinasikan penyeragaman program penguatkuasaan perundangan KKP di sektor IKS oleh Pejabat Negeri.
  • Mengeluarkan laporan tahunan khusus untuk IKS.

Seksyen Bukan Kilang

  • Menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Kilang dan Jentera beserta peraturan dibawahnya ke atas SBK.
  • Merangka, mengkaji dan menyemak semula perundangan dan polisi jabatan berkaitan KKP untuk digunapakai di SBK.
  • Merancang dan memantau program audit sistem pengurusan KKP oleh Pejabat Negeri.
  • Menerima dan mengumpul maklumat dan laporan bulanan yang dilakukan oleh Seksyen Penguatkuasaan pejabat negeri.
  • Pusat maklumat bersepadu kepada Seksyen SBK (Seksyen Penguatkuasaan) Pejabat Negeri.
  • Menganalisa maklumat perlaksanaan dan keberkesanan program/aktiviti yang dijalankan oleh Pejabat Negeri.
  • Memberi khidmat nasihat, teknikal dan kepakaran kepada Pejabat Negeri dan SBK.
  • Mengkoordinasikan program latihan SBK kepada pegawai JKKP khusus yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti di sektor berkaitan.
  • Mengkoordinasikan penyeragaman program penguatkuasaan perundangan KKP di SBK oleh Pejabat Negeri.
  • Mengeluarkan laporan tahunan khusus untuk SBK untuk dibekalkan kepada Bahagian Dasar Antarabangsa dan Pembangunan Penyelidikan JKKP.
 

Cetak