mobile header ms01

  • Utama
  • Pusat Pengajar Penyelia Tapak Bina

Pusat Pengajar Penyelia Tapak Bina

  • Keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak kontraktor. Ini kerana aktiviti pembinaan yang dijalankan di tapak bina boleh mewujudkan risiko berlakunya kejadian berbahaya, kemalangan, kecederaan, dan kematian bukan sahaja kepada pekerja, malahan orang awam yang berada di sekeliling tapak bina tersebut.  

    Bagi memastikan aktiviti di tapak bina dijalankan dengan tatacata yang selamat, kontraktor utama hendaklah melantik seorang penyelia keselamatan tapak bina separuh masa yang menghabiskan masanya sekurang-kurangnya lima belas jam seminggu khusus mengenai pengawasan keselamatan dan menggalakkan tatakerja yang selamat amnya di tapak bina sebagaimana yang telah ditetapkan di bawah Peraturan 25(1) Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC].

    Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang-kurangnya selama dua tahun sebagai forman tapak bina. Ketua Pemeriksa ialah  Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

    Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah  seseorang yang telah berjaya menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.

CetakEmel

Tags Cloud