Kegagalan Kren Menara Jenis Luffing
Gambar : Kren menara yang mengalami kegagalan pada bum
Langkah-langkah keselamatan yang dicadangkan:-
- Pemilik harus memastikan semua kren menara dikendalikan oleh operator yang kompeten dan berdaftar;
- Operator kren hendaklah mengendalikan kren dengan kaedah yang betul dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan dalam manual operasi;
- Apabila menghadapi kesukaran untuk mengangkat (lifting) sesuatu beban, operator kren mesti mengelakkan paksaan dan kerja-kerja mengangkat hendaklah dihentikan serta merta. Pemeriksaan perlu dibuat dan maklumkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut;
- Pihak kontraktor hendaklah menjalankan penilaian risiko ke atas setiap aktiviti kerja yang dibuat menggunakan kren menara;
- Pemilik kren mesti memastikan semua peranti keselamatan dalam keadaan sempurna dan berfungsi dengan baik; dan
- Pemeriksaan berkala hendaklah dilakukan ke atas struktur kren.