Kemalangan Kren Menara Akibat Kegagalan Pin Penyambung Counter Jib Platform
Tindakan atau Langkah Pencegahan :
- Kren menara perlulah diperiksa termasuk komponen pin penyambung oleh orang yang betanggungjawab sebelum ia dipasang dan dikendalikan.
- Pin penyambung yang digunakan haruslah memenuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak pembuat kren menara dari segi bahan , kekuatan dan spesifikasi rekabentuknya.
- Hanya jenis dan gred pin penyambung yang betul sahaja boleh digunakan apabila membuat penyambungan di mana-mana bahagian kren menara.
- Pin penyambung yang digunakan untuk menyambung mana-mana bahagian kren menara hendaklah serasi dengan komponen kren dan tidak mengalami sebarang kerosakkan.
- Pemasangan pin penyambung hendaklah memenuhi manual arahan yang disediakan oleh pembuat kren menara. Pemasangannya hendaklah dilakukan oleh orang yang bertanggungjawab.
- Pemeriksaan visual ke atas pin penyambung dan peranti mengunci hendaklah dilakukan secara berkala untuk memastikan semua pin penyambung dan peranti mengunci berada pada kedudukan yang betul , selamat , serta dalam keadaan fizikal yang baik dan tanpa sebarang kerosakkan. Pemeriksaan visual hendaklah dilakukan mengikut arahan pengilang kren menara dan oleh orang yang bertanggungjawab.
- Sekiranya terdapat sebarang kerosakkan atau keadaan yang tidak selamat pada pin penyambung , tindakan pembaikkan perlu di ambil dengan serta merta sebelum berlakunya kegagalan pada pin penyambung.
- Pemeriksaan pencegahan, program penyelenggaraan dan ujian akan membantu memastikan kren adalah selamat untuk digunakan. Pemeriksaan dan penyelenggaraan perlu dilakukan mengikut arahan pengilang atau mengikut piawaian teknikal yang berkaitan dan prinsip-prinsip amalan kejuruteraan yang baik.
- Guidelines For Public Safety and Health at Construction Sites, JKKP Malaysia.
- Code Of Practices for Safe Use Of Tower Crane , Second Edition. Occupational Safety and Health Branch , Labour Of Department,HK.
- Safe Work Australia , Guide to Tower Cranes.