Pembagasan Pasir
- Pengenalan
- Prosedur Permohonan / Tempoh Kelulusan
- Dokumen Sokongan
- Pertanyaan
- Pendahuluan
Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989, memperuntukkan bahawa Proses Pembagasan Pasir tidak boleh digunakan di dalam mana-mana kilang kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pemeriksa.
“Pembagasan Pasir” ditafsirkan sebagai pembersihan, pelicinan, pengasaran, pemotongan, penyediaan atau pembuangan permukaan atau sebahagian daripada permukaan mana-mana bangunan, kapal atau barang dengan menggunakan pasir atau bahan-bahan lain yang mengandungi silika berhablur yang digerakkan oleh bagas udara mampat atau wap atau suatu roda atau apa-apa cara yang seumpamanya.
“Silika Berhablur” merujuk kepada bentuk hablur bagi silika bebas yang meliputi kuarza, kritobolit dan tridimit.
“Silika Bebas” merujuk kepada silica dioksida yang tidak digabungkan dengan apa-apa elemen atau sebatian lain. - Cara-Cara Membuat Permohonan
Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talianhttp://mykkp.dosh.gov.my/ > log Masuk ke MySKUD > Kelulusan, Pembaharuan & Pengecualian Proses Pembagasan Pasir
Proses Kelulusan
Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja Dokumen yang diperlukan
Sebarang Pertanyaan
Sila hubungi :-
Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP),
Aras 4, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62530 Putrajaya.
Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
Fax : 03 – 8890 1315