Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Forest City catat satu juta LTI - Berita Harian Online

Berita Harian Online, 26 September 2017

 

  

GELANG PATAH : Projek Forest City PLOT 4, yang dibangunkan County Garden Pacificview Sdn Bhd (CGPV), mencipta rekod apabila mencatat satu juta jam kerja tanpa kehilangan masa kecederaan (LTI). Rekod itu dicatat Giant Leap Construction Sdn Bhd, anak syarikat CGPV, sejak kerja di tapak pembinaan projek dimulakan pada 1 Oktober 2016 hingga 16 Ogos lalu. Giant Leap Construction adalah kontraktor utama Forest City.

Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Teknikal CGPV, Wuyang, berkata PLOT 4 mencatatkan 1,122,920 juta LTI dan ia adalah kali pertama Forest City mencatatkan pencapaian itu. "Kami perlu memastikan keselamatan di tempat bekerja sebagai keutamaan memandangkan Forest City adalah projek mega yang akan dibangunkan dalam tempoh 20 tahun.

"Malah,kita juga perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan kontraktor kerana Forest City semakin membangun dan pencapaian ini adalah titik permulaan yang besar bagi kami," katanya pada majlis meraikan pencapaian itu, di Forest City, di sini, hari ini. Yang hadir sama, Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor. Saiful Azhar Mohd Said dan Pengarah Giant Leap Construction, Tian Yue Long.

Pada majlis itu, CGPV turut memberi pengiktirafan kepada enam sub kontraktor Giant Leap Construction atas sumbangan mereka terhadap pencapaian berkenaan. Syarikat berkenaan adalah Haisong Construction (M) Sdn Bhd, Yong Fu Construction Sdn Bhd, Wuhan Ming Hong Overseas Enterprise Sdn Bhd, Zhong Da Construction Sdn Bhd dan Million Growth Builder Sdn Bhd.

Sementara itu, Saiful Azhar, berkata berdasarkan statistik, terdapat 822 tapak pembinaan aktif dan berdaftar di negeri ini, yang mana 12 daripadanya beroperasi di Forest City. Katanya, sebanyak 18 kes kemalangan maut di tapak pembinaan, tahun ini dan jumlah itu sedikit membimbangkan.

 

Cetak Emel