mobile header ms01

Kemalangan Maut Yang Melibatkan Lif Penumpang

 

Satu kemalangan maut telah berlaku pada penghujung tahun 2010,melibatkan sebuah lif penumpang di sebuah pangsapuri kos rendah dalam kawasan negeri Selangor. Mangsa telah didapati tersepit di antara bahagian header dan lift apron di mana lif tersebut terhenti di antara tingkat 5 dan 4. Sila rujuk rajah 1.Kemalangan ini menyebabkan mangsa cedera teruk dan maut di tempat kejadian. Penyiasatan mendapati lif ini telah tersangkut di antara tingkat 6 dan 5 atau tingkat 5 dan 4 dengan 2 orang penumpang di dalamnya. Menurut saksi, mangsa pada ketika itu telah cuba membuka pintu lif bagi menyelamatkan 2 orang penumpang yang terperangkap dalam kar lif. Walaubagaimanapun, lif tiba-tiba bergerak menyebabkan mangsa tersepit ketika mangsa cuba memanjat masuk ke dalam lif kar.


Rajah 1: Tempat di mana mangsa telah tersepit

Cadangan-cadangan langkah keselamatan:

  1. Sekiranya berlaku kejadian lif tersangkut, penumpang lif yang berada dalam kar lif hendaklah menekan butang kecemasan untuk membunyikan loceng kecemasan dan tidak cuba untuk membuka pintu kar lif.Mereka hendaklah menunggu sehingga bantuan oleh pihak penyenggaraan lif dijalankan untuk mengeluarkan mereka.
  2. Orang awam tidak seharusnya cuba menyelamat mangsa yang terperangkap di dalam kar lif. Hanya orang yang kompeten dan juruteknik lif yang terlatih dan berpengalaman sahaja yang dibenarkan untuk menyelamat mangsa yang terperangkap.
  3. Syarikat penyenggara lif yang dilantik oleh pemilek bangunan hendaklah memastikan pepasangan kunci pada pintu lataran lif sentiasa berada dalam keadaan baik dan sempurna.Juga, pintu ini hanya boleh dibuka dengan kunci pintu lataran lif yang disediakan oleh pembuat lif.Kunci pintu lataran lif tidak boleh dipegang oleh pemilek bangunan tanpa kebenaran bertulis daripada jabatan ini.
  4. Pemeriksaan terhadap data error log di panel kawalan dalam bilek jentera lif hendaklah dijalankan secara berkala oleh orang kompeten lif.Kerja-kerja pembaikan terutama pada semua peranti keselamatan lif yang dikenalpasti rosak dan telah mengalami kecacatan hendaklah dijalankan.
  5. Pemilik lif haruslah menyediakan pelan tindakan kecemasan yang lengkap dan praktik untuk mengeluarkan penumpang dengan cara yang selamat sekiranya berlaku kejadian saperti lif kar tersangkut.

CetakEmel

Tags Cloud