Kejadian Renjatan Elektrik Dan Letupan Di Bilik Transformer

Tujuan safety alert ini dikeluarkan adalah untuk:

  • Memberi peringatan berkenaan bahaya letupan arka (flashover).
  • Memberi panduan bagaimana melakukan kerja penyenggaraan keatas loji elektrik berkuasa tinggi.

 

Perihal Kemalangan

Satu kemalangan telah berlaku pada bulan Ogos 2010 yang melibatkan letupan arka (flashover) di sebuah bilik transformer di Petaling Jaya. 4 orang pekerja cedera teruk dengan seorang dari mereka mengalami lecur melebihi 50% dari badan dan sedang mendapat rawatan di Unit Kawalan Rapi (ICU).

Kemalangan berlaku ketika seorang dari pekerja tersebut sedang membuka tambatan wayar pada ‘Circuit Breaker’ dan anggota badan mangsa terkena atau memasuki ruang kelegaan sistem loji elektrik 11KVA. Akibat dari kejadian itu berlaku litar pintas dan ‘flashover’ yang mengakibatkan letupan yang mencederakan kesemua pekerja terbabit.

Siasatan forensik mendapati ruang kelegaan di tempat kejadian tersebut tidak sesuai untuk melakukan kerja – kerja yang berbahaya dan berisiko.Ruang pembahagi antara bahagian yang masih berelektrik dan bahagian yang ingin dibaiki juga tiada atau telah hilang.Ini menyebabkan bahagian badan pekerja boleh terkena pada mana-mana bahagian ini yang masih berelektrik jika tidak berhati – hati.


Gambar : Sistem Circuit Breaker yang terlibat dalam kemalangan

Cadangan Penambahbaikan

  1. Hazad arus elektrik berkuasa tinggi di kawasan kerja hendaklah di kenalpasti dan penilaian risiko hendaklah dijalankan.
  2. Langkah kawalan keselamatan yang bersesuaian hendaklah di lakukan sebelum kerja penyenggaraan kabel transformer dilakukan.
  3. Semua arus elektrik yang berhampiran dengan kawasan kerja hendaklah dimatikan dan dipisahkan terlebih dahulu sebelum kerja penyenggaraan dilakukan.
  4. Hanya pekerja yang terlatih dan berkompeten sahaja dibenarkan untuk menjalankan kerja penyenggaraan arus berkuasa tinggi.

 

Cetak