Kemalangan Melibatkan Lif Penumpang Di Pangsapuri Kos Rendah

{vozmestart right}

Gambarfoto: Keadaan dalam lif kar yang terjatuh
Tujuan safety alert ini dikeluarkan adalah:
  • Lanjutan dari kemalangan lif yang berlaku baru – baru ini.
  • Cadangan penambahbaikan agar perkara yang sama tidak berulang.

Satu kejadian berbahaya telah berlaku pada bulan September 2010 melibatkan sebuah lif penumpang- [Model:Kone] di Petaling Jaya, Selangor. 4 orang awam telah mengalami kecederaan pada badan seperti retak tulang belakang, patah pada bahagian kaki dan kecederaan lain.

Kejadian berlaku ketika 4 orang penumpang menaiki lif tersebut dari aras bawah pangsapuri tersebut. Lif tidak berhenti pada aras yang sepatutnya,sebelum berhenti seketika dan tiba-tiba jatuh terhempas tanpa kawalan hingga ke tingkat bawah. Siasatan forensik mendapati sambungan aci, bearing dan takal pada bebantimbal telah terkeluar dari kedudukan asal. Kerangka yang memegang bebantimbal telah bengkok dan bebantimbal telah terjatuh didalam landasan railing.

Cadangan Penambahbaikan
  1. Pemunya lif hendaklah memastikan syarikat lif yang kompeten dilantik untuk menyenggara lif.
  2. Syarikat penyenggaraan hendaklah memastikan lif disenggara dengan sempurna terutama komponen – komponen keselamatan untuk lif.
  3. Sebarang kerja baik pulih kepada mana – mana komponen kritikal keatas lif hendaklah menepati spesifikasi pembuat, undang – undang dan koda amalan antarabangsa.
  4. Kecatatan pada rekabentuk lif yang dikenalpasti hendaklah diperbaiki secepat yang mungkin.
  5. Pihak penyenggara hendaklah memastikan komponen – komponen keselamatan lif disenggara secara berjadual dan berfungsi

{vozmeend}

Cetak