Kejadian bahaya melibatkan jentera Aerial Skylift

Pada tarikh 25 Jun 2010 dan jam sekitar 10:30, satu kejadian bahaya yang melibatkan jentera Aerial Skylift telah berlaku di Kuantan, Pahang. Meskipun tiada sebarang korban jiwa, insiden tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk pada salah satu daripada bahagian bum untuk jentera tersebut. Insiden ini terjadi ketika kerja untuk memotong dahan pokok sedang dilakukan oleh 2 operator. Bahagian bum jentera tersebut telah patah secara tiba-tiba dan menyebabkan operator yang berada dalam elevated platform jatuh dan mengalami cedera ringan. Penyiasatan mendapati bum jentera telah beroperasi di luar zon kerja yang selamat. Gambar 1.0 menunjukkan segmen bum Aerial Skylift yang patah.


Gambar 1.0 : Segmen bum Aerial Skylift yang patah

Langkah-langkah pencegahan yang perlu dipertimbangkan oleh pekerja dan operator semasa menggunakan Aerial Skylift:-

1. Pembekal kenderaan perlu melakukan pemeriksaan keselamatan keatas kenderaan terlebih dahulu untuk menentukan tiada apa-apa bahaya, kerosakan dan kebocoran pada jentera sebelum menyerahkan jentera kepada sipenyewa.
2. Pemeriksaan harian sebelum menjalankan tugas mengangkat hendaklah dijalankan oleh operator daripada pihak penyewa.
3. Pemeriksaan harian harus merangkumi tetapi tidak terbatas pada pemeriksaan visual keatas bahagian luar kenderaan, termasuk :
a. samada terdapat apa-apa kecacatan,kerosakan dan kebocoran atau kehilangan pada mekanisme pengangkatan;
b. samada tayar membengkak, terpotong dan kekurangan tekanan dalam tayar;
c. samada ada kebocoran minyak hidraulik pada sambungan hos;
d. sambungan kimpalan pada bum dan extensions adalah bebas daripada retak dan karat;
e. pencahayaan (pancaran, arah dan keselamatan) pada jentera berfungsi.
f. memastikan petanda pada bum dan extensions adalah pada tempat sesuai,jelas dan boleh dibaca.
4. Alat kawalan mengangkat harus diuji setiap hari sebelum digunakan untuk memastikan keadaan kerja yang selamat.
5. Pastikan beban dan agihan beban pada platform kerja dan sambungan platform sesuai dengan kapasiti pengeluar dan tidak melebihi had beban kerja selamat yang diperuntukkan.
6. Pengawasan dari bawah perlu bagi memaklumbalas amaran kepada operator dalam elevated platform sekiranya ujud sebarang keadaan yang berbahaya

References:

  1. www.hse.gov.uk
  2. www.cpwr.com/hazpdfs/hazaeriallifts.pdf

Cetak