Kemalangan Melibatkan Perlanggaran Dua Buah Kren Menara


Figure 1: Two tower cranes that were involved in the accident

Satu kemalangan telah berlaku di sebuah tapak pembinaan pada 3 Februari 2009 lebih kurang jam 3.00 petang. Kemalangan ini melibatkan perlanggaran dua buah kren menara dari jenis luffing dan hammerhead yang sedang beroperasi. Ketika kejadian, kren menara jenis luffing sedang menurunkan acuan struktur konkrit ke dalam lori pengangkut manakala kren menara jenis hammerhead sedang beroperasi (slewing). Kedua-dua kren ini beroperasi bersebelahan di mana terdapat pertindihan pada sebahagian daripada radius kerja dan ketinggian kren. Hasil penyiasatan mendapati kedua-dua kren menara ini tidak mempunyai jarak kelegaan selamat yang mencukupi semasa beroperasi dan telah menyebabkan perlanggaran berlaku.

Beberapa faktor penyumbang kepada kemalangan telah dikenalpasti. Antaranya adalah kegagalan pihak majikan mengambilkira perancangan, pengurusan dan kawalan trafik operasi kren menara.

Cadangan

  1. Pengenalpastian hazad, penaksiran risiko dan langkah-langkah kawalan hendaklah dilaksanakan sebelum menjalankan mana-mana operasi kren menara terutamanya yang mempunyai risiko perlanggaran.
  2. Perancangan, pengurusan dan kawalan trafik hendaklah dilaksanakan sekiranya terdapat beberapa kren menara beroperasi pada satu-satu masa.
  3. Peranti keselamatan seperti anti-collision dan limit switches hendaklah dipasang dan disenggara bagi mengelakkan perlanggaran antara kren menara.
  4. Signalman hendaklah diberi maklumat, latihan dan penyeliaan berhubung hazad perlanggaran dan beliau hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada hazad tersebut.
  5. Majikan hendaklah memaklumkan sebarang perubahan pada ketinggian kren menara kepada kren operator, signalman dan penyelia tapak dan langkah-langkah keselamatan perlu disediakan.

Cetak