Kemalangan Melibatkan Penggunaan Gondola

Satu kes kemalangan melibatkan penggunaan gondola telah dilapurkan berlaku pada 29 Mac 2008 (Sabtu) dan lebih kurang jam 10.00pagi di tapak projek pembinaan bangunan, Bukit Mulia, Ampang.
Penyiasatan kejuruteraan forensik telah dijalankan pada 31 Mac 2008 ditempat kejadian dan fakta-fakta penemuan yang menjurus kepada kemalangan adalah seperti berikut:
i.
Tali dawai penggantang (suspension wire rope) untuk salah satu daripada dua buah motor telah terjuntai dibawah gondola disebabkan telah terlucut dari ikatannya pada tiang penyokong ditingkat 15, menyebabkan pelantar kerja untuk gondola senget dan tergantung daripada tali penggantang yang satu lagi.Pelantar kerja itu tidak terus jatuh kearas lantai tanah kerana safety lock dan brek motor yang ke-2 telah berfungsi dan mencengkam masing-masing keatas tali dawai keselamatan dan penggantang.
ii.
Safety lock yang ke-1 yang sepatutnya berfungsi dengan cara mencengkam keatas tali dawai keselamatan (safety wire rope) berkenaan apabila tali dawai penggantang terlepas daripada tempat pengikat atau putus telah disyaki tidak berfungsi.
iii.
Terdapat papan yang diletakkan diatas gondola bagi tujuan meletakkan simen untuk kerja-kerja memplaster.Berat simen pada waktu itu dianggarkan 300kg dan berat 3 orang pekerja lebihkurang 200kg dan jumlah berat besar ini telah melebihi had beban kerja selamat gondola yang berdaya hanya 400 kg.
Semasa kejadian itu, 3 orang pekerja yang bekerja diatas pelantar kerja gondola pada aras 13, telah dicampak keluar dan terhempap pada tanah diaras bawah.Mereka mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia.
Adalah dinasihatkan bahawa amalan kerja yang selamat berikut dipatuhi untuk aktiviti kerja pemasangan, penggunaan,penyelenggaraan dan rombakan melibatkan gondola:
1.
Semua pemilik atau penyewa gondola (yang ditakrifkan sebagai mesin angkat) hendaklah memastikan bahawa Sijil Perakuan Kelayakan (Certificate of Fitness) diperolehi daripada jabatan untuk setiap unit gondola sebelum digunakan.Kehendak ini adalah dinyatakan dibawah Peraturan 10(1), Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Sijil Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970.
2.
Pihak majikan atau penduduk ditempat kerja dimana gondola ada digunakan hendaklah memastikan gondola itu diperiksa dan diselenggara secara berkala oleh orang kompeten yang berdaftar dengan jabatan pada tempoh masa setiap bulan atau selepas gondola dialihkan kesatu kedudukan baru walaupun dalam bangunan yang sama.
3.
Sebarang kerosakan pada gondola yang boleh menjejaskan keselamatan semasa penggunaannya oleh si pekerja hendaklah dilapurkan untuk tindakan orang kompeten berkenaan.
4.
Memastikan semua ciri-ciri dan alat kawalan keselamatan seperti pemasangan struktur bebantimbal dan pengikat ,tali dawai penggantang dan keselamatan,pelantar,brek motor,safety lock, dan sebagainya diperiksa pada setiap hari dibawah penyeliaan seorang penyelia tapak yang dilantik.Langkah ini akan memastikan ciri-ciri dan alat kawalan keselamatan yang disediakan pada gondola tidak gagal berfungsi dalam masa-masa kecemasan.
5.
Pihak majikan hendaklah juga memastikan gondola tidak membawa beban kerja berlebihan.Hanya 2 pekerja sahaja dibenarkan berada diatas pelantar kerja untuk gondola pada bila-bila masa seperti tercatat dalam surat kelulusan rekabentuk atau Sijil Perakuan Kelayakan daripada jabatan.
6.
Pihak majikan hendaklah membekal dan memastikan pekerja memakai alat peranti keselamatan -safety harness - sertai topi keselamatan dan kasut yang sesuai pada setiap masa semasa berada diatas pelantar kerja gondola dan memastikan pekerja memakai peralatan tersebut sepanjang waktu.
7.
Pihak majikan hendaklah memberi latihan, arahan, maklumat dan penyeliaan kepada pekerjanya dalam aspek keselamatan dan pengendalian sistem gondola secara lebih sistematik.Latihan yang dijalankan hendaklah direkodkan bagi tujuan semakan dan pemeriksaan oleh pegawai jabatan daripada semasa ke semasa
8.
Pelit beban kerja selamat hendaklah dipaparkan pada gondola dengan jelas.
9.
Pihak majikan hendaklah memastikan bahawa pekerja hanya boleh naik kedalam gondola atau turun daripada gondola pada aras lantai tanah.
10.
Rujukan dan bacaan selanjutnya berkenaan gondola boleh dicapai daripada links seperti berikut:
» http://www.cdc.gov/elcosh/docs/d0100/d000042/d000042.html
» http://www.jniosh.go.jp/icpro/jicosh-old/english/cases/cases/index.html
» http://www.osh.dol.govt.nz/order/catalogue/pdf/ropeways-ac.pdf
» http://www.scambs.gov.uk/Business/HealthandSafety/HealthandSafetyTraining/
HSWorkbook/hswb7.htm
» http://www.elmbridge.gov.uk/services/environment/hsheights.htm
» http://www.vertikal.net/en/pdf/ca07-1.pdf
» http://www.otago.ac.nz/healthandsafety/hazardmanagement/buildingsafety.html

Cetak