mobile header ms01

  • Utama
  • Pusat Pengajar Penyelaras KKP

Pusat Pengajar Penyelaras KKP

 

  • Keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja terutamanya di perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan satu aspek yang perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh pihak majikan. Ini kerana aktiviti yang dijalankan di tempat kerja boleh mewujudkan risiko berlakunya kejadian berbahaya, kemalangan, kecederaan, dan kematian bukan sahaja kepada pekerja, malahan orang awam yang berada di kawasan tempat kerja tersebut.

    Pada tahun 2016, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah membangunkan Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana 2016 – 2020 (IKS 2020). Pelan strategik ini dirangka sehingga tahun 2020 bagi meningkatkan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sektor IKS agar visi untuk menerapkan budaya pencegahan di tempat kerja tercapai.

    Salah satu program khusus yang dirancang melalui Strategi 6 IKS 2020 adalah meningkatkan bilangan pengamal KKP. Setiap IKS perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) untuk menguruskan hal-ehwal KKP.Antara tanggungjawab OSH Coordinator ialah membantu majikan untuk melaporkan status KKP kepada JKKP, mentadbir dokumen KKP, mempromosikan budaya KKP dan mengambil tindakan yang berkaitan. 

    Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kelayakan OSH Coordinator, JKKP telah memutuskan bahawa OSH Coordinator hendaklah seseorang yang telah berjaya menamatkan kursus yang ditetapkan yang dijalankan oleh pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP.

CetakEmel

Tags Cloud