mobile header ms01

  • Utama
  • Penyertaan Anugerah Cemerlang KKP 2019

Pencalonan Anugerah Cemerlang Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2019

Pengenalan
Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2019 dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bersama dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang didalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ditempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

Kategori Anugerah
Anugerah adalah terbuka bagi penyertaan kepada pelbagai industri di Malaysia. Terdapat lapan (8) kategori utama yang diberikan kepada organisasi dan individu yang menunjukkan rekod pencapaian yang cemerlang dalam perlaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Kategori anugerah adalah seperti berikut :-

  1. Anugerah Tempat Kerja
    1. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Elektrik/Elektronik;
    2. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Petroleum/Gas/Kimia;
    3. Anugerah Pengilangan Industri Besar - Kategori Lain-lain Pengilangan;
    4. Anugerah Perusahaan Kecil dan Sederhana (Definasi Jumlah Jualan Tahunan Syarikat Tidak Melebihi RM50Juta Atau Bilangan Pekerja Sepenuh Masa Tidak Melebihi 200 orang);
    5. Anugerah Perlombongan Dan Penguarian;
    6. Anugerah Pembinaan;
    7. Anugerah Pertanian;
    8. Anugerah Perhutanan;
    9. Anugerah Perikanan;
    10. Anugerah Kemudahan (pembekalan letrik);
    11. Anugerah Kemudahan (air);
    12. Anugerah Kemudahan (gas);
    13. Anugerah Kemudahan (kebersihan);
    14. Anugerah Pengangkutan (pengangkutan awam, bas, udara & keretapi);
    15. Anugerah Penyimpanan (gudang penyimpanan);
    16. Anugerah Komunikasi (komunikasi, satelit & `internet services provider’);
    17. Anugerah Perdagangan Borong Dan Runcit;
    18. Anugerah Hotel Dan Restoran;
    19. Anugerah Kewangan, Insurans dan Harta Tanah;
    20. Anugerah Perkhidmatan Perniagaan; dan
    21. Anugerah Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan
  2. Anugerah Tokoh (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  3. Anugerah Media
  4. Anugerah Wartawan
  5. Anugerah Mentor-Mentee
  6. Anugerah Sekolah (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
  7. Anugerah Institut Pengajian Tinggi (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) – Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Institusi Latihan Kementerian Belia dan Sukan (ILKBS) atau IKBN; dan
  8. Anugerah Ketua Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan) - Sektor Awam dan Swasta.

Syarat-Syarat Penyertaan

  1. Semua penyertaan adalah percuma
  2. Semua penyertaan mestilah menggunakan Borang Penyertaan Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2018 yang telah ditetapkan.
  3. Borang penyertaan hendaklah sampai ke Pejabat JKKP Negeri atau Pejabat Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebelum atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan.

Keputusan Penerima Anugerah

  1. Penilaian terakhir bagi penerima anugerah akan diputuskan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  2. Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan 2019 dijangka akan diadakan pada akhir tahun 2019 samada di Kuala Lumpur / Putrajaya.
  3. Semua keputusan penilaian adalah sulit dan muktamad. Sebarang permohonan rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan secara lisan atau melalui surat/emel sebelum majlis penyampaian tersebut.

Muat Turun

  1. Panduan dan Borang Penyertaan Anugerah Cemerlang KKP 2019
  2. Borang Senarai Semak

Tarikh Tutup Penyertaan

Semua borang penyertaan dan dokumen sokongan hendaklah sampai sebelum atau pada 30 Jun 2019 (tertakluk kepada pindaan) terus kepada Pejabat JKKP Negeri.

Sekiranya ada kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

  1. En. Muhammad Faisal bin Jusoh (03-8886 5265 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. En. Mohamed Haffis bin Mohossain Molla (03-8889 5264/ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  3. En. Anuksin a/l Eh Klim (03-8871 1241 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  4. En. Mat Zawawi bin Zakaria (03-8889 5264 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  5. Pn. Nor Roslinda binti Mat Zan (03-8886 5696 / Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

CetakEmel

Tags Cloud